Resepi Kek Gula Hangus Kukus Yang Mudah. Kek gula hangus ada juga yang panggil kek sarang semut. Sebab bentuk dia bila dah masak dan bila dipotong nampak macam sarang semut. Haha.. dahlah sedap, tak jemu dimakan. Antara versi kukus dan bakar, mana satu pilihan anda? Kalau saya suka yang bakar tetapi takut terhangit pulak ketika prosesnya. Yang kukus pun okay dan mudah membuatnya.
Tapi di bawah ini saya kongsikan kek sarang semut atau kek gula hangus kukus sukatan cawan. Mudah tapi sedap. Nak dapat bentuk macam sarang semut tu, simpan dulu adunan dan tutup rapat dalam 2 jam baru dikukus. Barulah cantik bentuknya.
Bahan - Bahan:
1 Cawan gula
1 Cawan Air Panas
2 Sudu Besar Mentega
4 Biji Telur Gred A
1 Cawan Susu Pekat
1 Cawan tepung gandum di ayak
2 sudu teh Soda Bikarbornat di ayak
1 sudu kecil baking powder
1 sudu teh Essen Vanilla
1. Goreng gula tanpa minyak dengan api dapur sederhana kecil, sehingga cair.
2. Masukkan air panas, gaulkan sehingga sebati sekiranya masih ada sisa sisa gula yang belum cair.
3. Masukkan mentega, dan gaul sebati. Tutup api dan biarkan seketika.
4. Pukul telur hingga kembang
5. Kemudian masukkan susu pekat. Pukul hingga sebati.
6. Masukkan tepung, baking powder dan soda bikarbonat yang telah diayak tadi. Pukul hingga sebati.
7. Masukkan esen vanilla dan kacau hingga sebati.
8. Kemudian masukkan gula hangus tadi ke dalam bancuhan tepung dan gaul sebati.
9. Perap adunan ini selama 3 - 4 jam (bertutup) bagi mendapatkan sarang yang cantik.
10. Bakar selama 60minit dengan suhu 160'c atau kukus selama 1 jam 45 minit.
Nota:
:: Kalau tak ada mixer, boleh guna blender.
:: Kalau tak ada Oven, Boleh Kukus selama 1 jam 45 minit.
:: Jangan lupa sapukan mentega & letak kertas minyak pada bekas yang di gunakan untuk bakar atau kukus.
Bagaimana dengan resepi kek gula hangus sukatan cawan saya? Dah mencubanya? Saya dah buat banyak kali dan hasilnya memang awesome!😍😍😍
Kalau tak nak perap pun boleh, sebab tak sabar kan? Kek gula hangus tetap masak dan jadi, sedap juga. Tapi tak adalah rupa sarang semut tu.. hihi
Selamat mencuba.

Resepi Kek Gula Hangus Yang Mudah
Bahan - Bahan:
1 Cawan gula
1 Cawan Air Panas
2 Sudu Besar Mentega
4 Biji Telur Gred A
1 Cawan Susu Pekat
1 Cawan tepung gandum di ayak
2 sudu teh Soda Bikarbornat di ayak
1 sudu kecil baking powder
1 sudu teh Essen Vanilla
Cara Penyediaan Kek Gula Hangus Kukus

0 Comments