Menu Makan Tengahari Kerisi Goreng Kunyit Dengan Sup Ayam. Salam hari minggu. Masak apa hari ini puan-puan pembaca blog ini? Ada yang tak masak ke? Saya memanglah kena masak sebab si bujang kecil balik sekolah tengahari nanti mesti cari nasi.
Bila tengok peti ais ada ikan kerisi, saya pun dapat idea mudah untuk buat lauk sikecil. Ikan kerisi goreng kunyit garing memang sedap. Semua satu rumah suka. Saya dari kecil memang suka makan kerisi goreng kunyit. Dah turun ke anak pula.
Baiklah. Menu makan tengahari kami hari ini adalah kerisi goreng kunyit, sup ayam mudah, sambal kicap (stok dalam peti ais), dan sayur bendi telur hancur. Sedap tak? ☺☺☺
Kerisi Goreng Kunyit
Bersihkan ikan kerisi, buang sisiknya. Lumur dengan garam dan kunyit hingga rata. Perapkan selama 1/2 jam. Panaskan minyak. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya.
Sup Ayam Mudah
Ayam dipotong kecil. Bersihkan.
Tumbuk 2 ulas bawang merah kecil, 2 ulas bawang putih, 1 inci halia.
Tumis bahan yang ditumbuk bersama dengan rempah sup 3 serangkai (kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih) hingga naik bau. Masukkan 1 mangkuk air. Masukkan ayam. Kalau tak cukup kuah, tambahkan lagi air ikut suka. Renih hingga ayam empuk. Bila dah masak, tabur daun sup sebagai hiasan.
Mudah kan?
Hari minggu kami memang masak simple. Masak sekadar untuk makan tengahari kerana pada sebelah malamnya kami sekeluarga akan menikmati makanan western seperti chicken chop atau burger di restoran berhampiran. Hihi...

Menu Makan Tengahari Kerisi Goreng Kunyit Dengan Sup Ayam

0 Comments