Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Spaghetti Aglio Olio Ringkas

Resepi Spaghetti Aglio Olio Ringkas. Spaghetti ringkas dengan taburan daun ketumbar di atasnya pun dah cukup menarik minat saya untuk mencubanya ketika pertama kali makan di hotel beberapa tahun dulu. Kini, tekak saya dah boleh terima spaghetti yang diadun jadi pelbagai resepi menarik. 

Spaghetti asalnya adalah makanan orang barat yang dijadikan makanan utama dalam menu harian mereka. Oleh sebab itu ada banyak resepi spaghetti dari sana yang diolah semula masyarakat timur agar sesuai dengan citarasa tempatan. Antara tempat kesukaan saya nak makan pelbagai spaghetti yang sedap dan unik, adalah di Secret Recipe. Hihi...

Resepi Spaghetti Aglio Olio Ringkas


Resepi Spaghetti Aglio Olio Ringkas


Bahan-bahan: 

spaghetti
seafood (udang/ sotong/ kupang dan sebagainya)
bawang putih 5 - 6 ulas di cincang-cincang halus..
bawang besar holland di dadu (bawang ni kulit dia warna brown dan isi dalamnya warna macam hijau)
1/2 sudu teh serbuk lada hitam kasar (ikut banyak mana anda nak)
sedikit serbuk cili / cajun / cili kering yang di gunting menyerong..
garam secukup rasa


Cara menyediakan spaghetti Aglio Olio Seafood Ringkas


1. Rebus dulu spaghetti dan kemudian toskan

2. Panaskan 2 sudu besar butter/ olive oil/ minyak jagung/ minyak biasa pun boleh..

3. Tumis bawang putih dengan bawang besar tadi sampai layu..

4. Kemudian masukkan bahan-bahan seafood.. kacau lagi.

5. Masukkan spaghetti.. serbuk lada hitam.. cili kering / cili flakes.. dan garam

6. Gaul rata dan siap.. jika nak letak daun sayuran sebagai hiasan pun boleh.

Selamat mencuba. Spaghetti Aglio Olio ni sedap makan ketika panas dan ditaburkan dan seleri di atasnya. Kalau suka nak lebih seafood, lebihkan mengikut citarasa anda.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close