Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Mee Kari Ayam Campur Kerang Sedap Dan Ringkas

Resepi Mee Kari Ayam Campur Kerang Sedap & Ringkas - Salam sayang buat pembaca blog kayoomanis. Rasa macam nak masak mee kari hari ni. Mee kari ayam campur dengan kerang. Sedapnya..., makan bermangkuk mangkuk pun tak terasa. Tapi kalau tak suka kerang, anda jangan letak sebab ada yang alahan dengan kerang.

Resepi Mee Kari Ayam Campur Kerang Sedap Dan Ringkas

Memasak mee kari kena sabar sikit, sekali tak jadi cuba lagi sampai jadi. Sejak tiga tahun lepas, hampir setiap bulan saya pernah memasak mee kari. Lagipun menyediakan mee kari tidaklah susah mana pun, main campak aje pun sedap...hihi


Resepi Mee Kari Ayam Ringkas Dan Sedap

{Anggaran hidangan untuk 8 orang}

Bahan Utama:

** 1 ekor ayam dipotong kecil dan dibersikan. Jangan buang tulangnya, masukkan ketika memasak kuahnya lagi best!
** 500 gram udang sederhana besar dibuang kulitnya
**1 mangkuk kerang yang telah direbus dan buang kulit luarnya

Bahan untuk dikisar:

1) 4 biji bawang merah besar - dikisar
2) 2 ulas bawang putih - dikisar
3) 2 cm halia - dikisar
4) 2 bungkus kecil rempah kari Adabi - dikisar
5) 1 sudu kecil serbuk kunyit
6) 1 kotak santan
7) minyak untuk menumis
8) air masak

Cara Menyediakan Kuah Mee Kari Ayam Sedap


1. Panaskan minyak dalam periuk dengan api sederhana. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar seperti bawang merah, bawang putih, halia, serbuk kari ke dalam periuk sehingga naik baunya.


kuah mee kari, gambar dari Google

2. Masukkan isi dan tulang ayam yang telah dibersihkan. Kacau rata dengan bahan kisar tadi. Biarkan lebih kurang 10 minit agar ayam dan tulang menjadi lembut. 

3. Kemudian masukkan santan untuk memekatkan kuah. Selepas lebih kurang 10 min, masukkan fish cake atau bebola ikan, udang, kerang dan tauhu yang digoreng tadi. 

4. Masukkan dua atau tiga cawan air ke dalam kuah dengan mengikut citarasa sendiri atau bergantung kepada kepekatan kuah. 

5. Masukkan daun kari dan daun sawi sebagai penambah rasa. Daun sawi masakkan sebentar saja. Daun kari dapat menambahkan keenakan mee kari dan lebih sedap untuk dimakan. 

6. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih sebentar. 

7. Mee kari sedia untuk dihidang.

Bila kuah mee kari ayam sudah siap dimasak, bolehlah dihidang mengikut kreativiti tekak masing-masing...hihi. Apa yang saya buat, fish cake dan tauhu goreng dimasukkan terus dalam kuah kari tadi. Lebih menyerap rasa kuahnya... 


Bahan Hiasan


~ 1 paket mee kuning dicelur (1kg punya)
~ 4 biji tauhu digoreng dan dihiris
~ 2 keping fish cake dihiris
~ Sawi
~ Limau nipis dan cili merah yang dihiris
~ Bawang goreng untuk ditabur
~ 4 biji telur di rebus
~ Daun sup dan daun bawang di hiris halus
~ Taugeh
~ Daun kari

Resepi Mee Kari Ayam Campur Kerang Sedap Dan Ringkas

Selamat menjamu selera. Mulakan dengan Bismillah, dah habis nanti bacalah alhamdulillah...

Mee kari ayam sedap dan istimewa ni juga adalah kepandaian saya yang disukai oleh keluarga. Haha.. dahlah sedap, hingga mengulang 3 pinggan tak cukup.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close