Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Buncis Goreng Lebih Sedap Dengan Perencah Secukup Rasa Maggie

Buncis Goreng Lebih Sedap Dengan Perencah Secukup Rasa Maggie. Panjang lebar tajuk entri saya sebab nak lahirkan rasa seronok sebab sayur yang saya masak disukai oleh bujang saya. Masak dengan perencah Secukup Rasa Maggie amatlah mudah. Pakai campak-campak je..

Sebelum ni saya hanya masak menggunakan kiub ikan bilis untuk menumis sayur-sayuran. Tetapi sejak saya gunakan perencah Secukup Rasa Maggie, masakan saya lebih sempurna dan sedap. Kalau anda tak kuat masin, tak payah tambah garam. Dengan perencah Secukup Rasa Maggie dah cukup..

Pada pek atau bungkusan secukup rasa Maggie, ada penyediaan hidangan yang dicadangkan;

1 sudu kecil = 3 biji telur
1 sudu makan = 500 gram sayuran
1 sudu makan = 500 gram ayam

Tapi kena pandai-pandailah.. kalau kurang masin tambahkan sedikit garam. Tu je..

Resepi Buncis Goreng Dengan Perencah Secukup Rasa Maggie


Buncis Goreng Dengan Secukup Rasa Maggie

Bahan-bahan: 

1 mangkuk sedang kacang buncis yang di hiris
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
5 tangkai cili padi
2 biji telur
1 sudu makan perencah secukup rasa Maggie
Sedikit garam

Cara menyediakan Buncis Goreng Secukup Rasa


1. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili padi hingga naik bau.

2. Masukkan kacang buncis. Gaul rata. Biarkan seketika.

3. Kemudian masukkan perencah Secukup Rasa Maggie

4. Pecahkan telur dan kacau rata. Biar telur masak. Perasakan.. jika kurang masin tambah secubit garam.

5. Siap untuk dihidangkan.

Mudahnya masak kacang buncis dengan perencah secukup rasa Maggie. Oleh kerana perencah secukup rasa Maggie ni mudah lembap, simpan dalam bekas kedap udara. Jangan sampai terkena air.. nanti dia keras. Dah tak berapa sedap bila digunakan nanti.

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close