Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Buat Nasi Lemak Yang Sedap Dan Lembut

Cara Buat Nasi Lemak Yang Sedap Dan Lembut. Nasi lemak kerang kegemaran saya. Kalau nasi lemak tu sedap, lembut dan wangi harum.. tak nakan dengan lauk pun tak apa. Nasi lemak macam tu pun dah sedap. Oh ya.. nasi lemak pun dah jadi menu dan khazanah Malaysia. Sampai di luar negara semua suka nasi lemak. Baru-baru ni viral rakyat Malaysia jual nasi lemak di Korea Selatan. Sambutannya pun amatlah menggalakkan. Jangan kata kat Asia je.. sampai ke Eropah, Arab.. semua dah terkenal nasi lemak kita. So.. kita yang duduk Malaysia ni macam-macam nasi lemak dah jumpa. Ada nasi lemak kukus, nasi lemak pandan, nasi lemak herba, nasi lemak berlauk dan macam-macam lagi. Tetapi kena ingat.. asasnya nasi lemak hanya ada 4 bahan hiasannya iaitu kacang tanah goreng, timun, sambal tumis dan ikan bilis. Ada benda ni pun dah cukup sedap. Harganya pun murah aje.. bila dah komersialkan.. jadi melambung naik harganya. Untunglah siapa yang pandai ambil kesempatan dan buat innovasi sikit dalam menghidang nasi lemak ni.. yang penting cari rezeki halal, kan?

Cara Buat Nasi Lemak Yang Sedap Dan Lembut
Sumber gambar dari Google

Cara Buat Nasi Lemak Yang Sedap Dan Lembut


Bukan sebarangan tau nak masak nasi lemak. Kalau nak yang sedap, wangi dan lembut.. meh tengok cara di bawah.

Bahan-bahan:

2 pot Beras
1 pot beras pulut
2 kotak Santan
2 helai daun pandan - disimpulkan
2 inci halia - potong kasar
Sedikit garam


Cara-cara masak nasi lemak sedap

Cara Buat Nasi Lemak Yang Sedap Dan Lembut

Bila nak masak nasi lemak, sukatannya 2 pot beras biasa dicampur dengan 1 pot beras pulut. Kemudian rendamkan selama 1 jam. Barulah masukkan santan, daun pandan, dan sedikit garam. Kalau nak letak halia pun boleh. Lagi berkhasiat. Kemudian masak dalam periuk elektrik sehingga nasi lemak sedap dan lembut telah tanak. Hasilnya pasti memuaskan.

Hasilnya nasi lemak anda pasti sedap dan lembut serta wangi. Makan sampai petang pun masih lembut lagi..

Kalau masak nasi lemak jangan takut air, lebih sikit santan/ air pun tak apa. Sebab, lemak santan nanti akan menghasilkan minyak bila dah masak, so.. nasi lemak still peroi walau terlebih air/ santan. 

Kalau saya masak nasi lemak tak letak air pun. Semata-mata guna santan. Masa bancuh santan tu, letak lah air sikit. Saya pun guna santan kotak kara saiz kecil. 

2 pot beras, saya gunakan 2 kotak santan Kara. Cara sukat sama dengan masak nasi biasa cuma, biasanya saya lebihkan satu inci santan dari paras beras. Tapi kalau tak jadi pada pertama kali, try lagi sampai jadi. Kadang-kadang saiz pot beras, jenis beras pun main peranan samada hasil nasi lemak anda jadi lembut dan sedap seperti diharapkan. 

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close