Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Masak Lemak Sayur Nangka Campur Babat Lembu

Cara Masak Lemak Sayur Nangka Campur Babat Lembu. Pagi ini saya terpaksa keluar awal sebab ada kerja yang perlu di langsaikan di bandar. Jadi saya memang tak masak lauk untuk keluarga di rumah. Cuma sempat panaskan lauk semalam yang mak mertua bagi iaitu masak lemak nangka dengan babat. Hihi.. makan tak babat lembu😅😅? Saya okay je.. rasa kenyal dia pun sedap. Lepas tu masak lemak campur sikit lada hitam. Hmm... memang kaww la! Jangan risau mana nak dapat babat lembu, kat pasar tu ada je. Cuma kadang-kadang kita tak kenal yang mana satu babat.. sebab tahu makan je.., oh ya! Babat lembu di panggil juga perut lembu, warna putih susu dan menggerutu. Kasar permukaannya. Kalau tengok memang tak selera. Bila dah masak semua berebut. Haha... 😊😊

Sayur nangka memang sedap tapi bagi yang tak tahan sejuk tak digalakkan memakannya. Nanti angin naik sampai ke kepala, macam saya. Memang suka nak makan lemak nangka ni tapi rasa sikit aje pun dah naik migraine dibuatnya. Makan berpada-padalah..

Resepi Masak Lemak Sayur Nangka Campur Babat Lembu


Cara Masak Lemak Sayur Nangka Campur Babat Lembu
Masak Lemak nangka muda

Bahan-bahan:

1 mangkuk nangka muda
1 mangkuk kecil perut lembu @ babat
1 kotak santan pekat
2 batang serai - dititik
2 keping asam gelugor
Air secukupnya

Bahan kisar:

1 inci kunyit hidup
Segenggam cili api
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

Cara Masak Lemak Nangka Dengan Babat Lembu


1. Masukkan semua bahan di dalam periuk (kecuali santan pekat). Masukkan air secukupnya, supaya nangka muda masak sekata

2. Masak hingga nangka empuk.

3. Masukkan santan pekat dan asam gelugor. Masak hingga mendidih.

4. Masukkan garam dan serbuk perasa. Siap untuk dihidangkan

Semoga perkongsian resepi dan cara masak lemak nangka dengan babat atau perut lembu tadi dapat menambah koleksi resepi masakan kampung yang anda ada. 

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close