Cara Nak Berjaya Dengan Bisnes Bakeri Walau Tak Ada Kepakaran. Orang nak berniaga kita pun nak cuba. Anda hanya cuba nasib bersandarkan kata-kata.. "untung sabut timbul, untung batu tenggelam", hihi.. betul ke tu? Jangan lah macam tu.. nak berniaga kena ada cara-cara dan ilmu niaga yang betul. Nak berniaga bakeri atau nak bukak kedai bakeri kenalah ada rakan atau bina network yang kukuh. Barulah bisnes bakeri kita boleh maju dan bertapak lama dalam industri.
Ingat saya kata tadi? Nak berjaya kena ada ilmu dan buat persiapan. Jangan pakai hentam kromo aje.
Sebab bisnes bakeri bukanlah boleh sesuka hati letak modal kemudian lesap. Kalau boleh berniaga bisnes bakeri biar boleh dijadikan bekalan hingga anak cucu kenal akan penat lelah dan usaha kita selama ini.
Kena ada cara yang betul kalau nak berniaga bakeri. Sebenarnya ramai orang yang saya jumpa tak pandai buat biskut raya tapi boleh berjaya. Tak pernah ada bisnes bakeri tetapi boleh jadi hartawan.
Nak tahu caranya? Lihat selanjutnya.. ➡➡ Bisnes bakeri
Bisnes bakeri ada banyak cabarannya. Jom baca perkongsian menarik di bawah yang saya siarkan semula di blog ini. Kredit sumber..
Ada orang yang membuka kedai bakeri tapi tak tahu dimana nak beli bahan bakeri.
Sebelum memulakan bisnes bakeri, saya sudah menjelajah ke merata kedai bahan samada yang jauh dan yang paling dekat dengan lokasi kedai saya. Segala bahan asas yang diperlukan sudah saya kenalpasti di mana harus dibeli. Sangat penting ialah kedai bahan yang paling hampir dengan kedai bakeri kita. Malu bertanya sesat jalan kan. Bertanyalah kepada guru bakeri anda. Mustahillah anda tidak berguru.
Sepatutnya tokey sendirilah kena buat kerja dulu. Sambil tu cari pekerja atau melatih pekerja yang tak tahu apa-apa. Asalkan bisnes boleh bermula.
Apa sebenarnya tujuan anda buka kedai tapi bisnes tak bermula? Saya pun tak faham. Keliru saya dibuatnya. Ini mestilah melihat kepada perancangan dan persediaan anda sendiri.
Komitmen terhadap perniagaan mestilah 100%. Anda masih bekerja makan gaji, anda sayang untuk berhenti kerja, anda baru lepas bersalin, anak kecil lagi, anak ramai bersekolah perlu diurus sedangkan suami buat tak reti je... itu baru sedikit contoh komitmen saja. Maka perlulah anda bersedia untuk mengurus komitmen tersebut. Berhenti kerja ke, ambil pembantu rumah ke, ataupun anda duduk saja di rumah......
Bisnes di rumah pun boleh berjaya juga. Bila dah rasa yakin boleh urus semua komitmen tersebut, bolehlah fikirkan untuk buka kedai. Bila kita berniaga ni anak-anak kecil kita akan terabai sedikit. Pertimbangkanlah jalan yang terbaik. Kerjasama antara suami dan isteri amat diperlukan untuk mengatasi kesukaran sebegini.
Macam sayalah tu....
Keadaan ini adalah sangat bahaya dan anda berkemungkinan akan melalui beberapa halangan dan kemajuan anda akan sangat terhad dan perlahan. Taubat saya tak mahu ulanginya lagi. Untuk kedai cawangan yang akan datang nanti saya akan lebih bersedia dari segi modal kewangan.
Sekiranya modal kewangan anda terhad tetapi anda begitu hendak sangat buka kedai bakeri, pertimbangkanlah sumber kewangan anda. Nasihat orang yang berpengalaman supaya menyediakan "simpanan 6 bulan" adalah sangat benar. Namun sekiranya anda seorang 'survivor' atau 'pejuang kamikaze', fokus kan terhadap kejayaan perjuangan anda. Doakan yang baik-baik.
Kemahiran menguruskan kewangan dan perakaunan, adalah perkara yang sangat penting sebagai seorang usahawan. Anda perlu tahu 'alat-alat kewangan' (financial tools) di pasaran kita sekarang. Ilmu perakaunan; sekiranya anda tiada asas, belajarlah.
Saya sendiri baru saja habis belajar cara-cara membuat jurnal, lejar, imbangan duga, penyata pendapatan dan penyata kira-kira di sebuat institut swasta.
Ingat saya kata tadi? Nak berjaya kena ada ilmu dan buat persiapan. Jangan pakai hentam kromo aje.
Sebab bisnes bakeri bukanlah boleh sesuka hati letak modal kemudian lesap. Kalau boleh berniaga bisnes bakeri biar boleh dijadikan bekalan hingga anak cucu kenal akan penat lelah dan usaha kita selama ini.
Cara Nak Berjaya Dengan Bisnes Bakeri Walau Tak Ada Kepakaran
Kena ada cara yang betul kalau nak berniaga bakeri. Sebenarnya ramai orang yang saya jumpa tak pandai buat biskut raya tapi boleh berjaya. Tak pernah ada bisnes bakeri tetapi boleh jadi hartawan.
Nak tahu caranya? Lihat selanjutnya.. ➡➡ Bisnes bakeri
Bisnes bakeri ada banyak cabarannya. Jom baca perkongsian menarik di bawah yang saya siarkan semula di blog ini. Kredit sumber..
Ketahui Kedai Nak Beli Bahan Bakeri
Sebelum memulakan bisnes bakeri, saya sudah menjelajah ke merata kedai bahan samada yang jauh dan yang paling dekat dengan lokasi kedai saya. Segala bahan asas yang diperlukan sudah saya kenalpasti di mana harus dibeli. Sangat penting ialah kedai bahan yang paling hampir dengan kedai bakeri kita. Malu bertanya sesat jalan kan. Bertanyalah kepada guru bakeri anda. Mustahillah anda tidak berguru.
Kalau anda benar-benar tak tahu di mana kedai bahan berhampiran anda. Pergilah ke kedai bakeri di kawasan anda itu. Berlakonlah kononya anda ingin membeli 'bread softener' ke atau 'ovallet' ke. Pastinya mereka akan kata mereka tak jual. Jadi dimana ada jual? Kalau mereka sudi menolong, mereka akan beritahu dimana kedai bahan terdekat.
Jadi Pekerja Sendiri
Ada orang yang buka kedai bakeri tapi bisnes tak mula lagi sebab tak ada pekerja.
Sepatutnya tokey sendirilah kena buat kerja dulu. Sambil tu cari pekerja atau melatih pekerja yang tak tahu apa-apa. Asalkan bisnes boleh bermula.
Apa sebenarnya tujuan anda buka kedai tapi bisnes tak bermula? Saya pun tak faham. Keliru saya dibuatnya. Ini mestilah melihat kepada perancangan dan persediaan anda sendiri.
Mungkin anda tak pandai buat kek tapi nak buka kedai kek juga. Tak pandai buat roti tapi cuba nak jadi tokey roti. Dengan anggapan semua tu pekerja boleh buat. Cari je la pekerja berpengalaman. Tetapi bagaimana kalau tak ada orang yang sudi bekerja dengan anda?
Fokus Kepada Bisnes Bakeri Anda
Ada orang yang buka kedai bakeri tapi masih sibuk dengan komitmen lain
Komitmen terhadap perniagaan mestilah 100%. Anda masih bekerja makan gaji, anda sayang untuk berhenti kerja, anda baru lepas bersalin, anak kecil lagi, anak ramai bersekolah perlu diurus sedangkan suami buat tak reti je... itu baru sedikit contoh komitmen saja. Maka perlulah anda bersedia untuk mengurus komitmen tersebut. Berhenti kerja ke, ambil pembantu rumah ke, ataupun anda duduk saja di rumah......
Bisnes di rumah pun boleh berjaya juga. Bila dah rasa yakin boleh urus semua komitmen tersebut, bolehlah fikirkan untuk buka kedai. Bila kita berniaga ni anak-anak kecil kita akan terabai sedikit. Pertimbangkanlah jalan yang terbaik. Kerjasama antara suami dan isteri amat diperlukan untuk mengatasi kesukaran sebegini.
Bersedia Dari Segi Kewangan Dengan Simpanan Untuk 6 Bulan
Ada orang yang buka kedai bakeri tapi modal ada 'ciput' je
Macam sayalah tu....
Keadaan ini adalah sangat bahaya dan anda berkemungkinan akan melalui beberapa halangan dan kemajuan anda akan sangat terhad dan perlahan. Taubat saya tak mahu ulanginya lagi. Untuk kedai cawangan yang akan datang nanti saya akan lebih bersedia dari segi modal kewangan.
Sekiranya modal kewangan anda terhad tetapi anda begitu hendak sangat buka kedai bakeri, pertimbangkanlah sumber kewangan anda. Nasihat orang yang berpengalaman supaya menyediakan "simpanan 6 bulan" adalah sangat benar. Namun sekiranya anda seorang 'survivor' atau 'pejuang kamikaze', fokus kan terhadap kejayaan perjuangan anda. Doakan yang baik-baik.
Kemahiran Mengurus Yang Baik
Kemahiran menguruskan kewangan dan perakaunan, adalah perkara yang sangat penting sebagai seorang usahawan. Anda perlu tahu 'alat-alat kewangan' (financial tools) di pasaran kita sekarang. Ilmu perakaunan; sekiranya anda tiada asas, belajarlah.
Saya sendiri baru saja habis belajar cara-cara membuat jurnal, lejar, imbangan duga, penyata pendapatan dan penyata kira-kira di sebuat institut swasta.
Peruntukanlah sebahagian 'budget' untuk tujuan meningkatkan ilmu anda. Jangan kedekut untuk membayar bagi mendapatkan ilmu dan elakkan sikap terlalu sangat inginkan ilmu secara percuma, anda mungkin akan diberi 'ilmu sesat' pula nanti.
Kalau ilmu yang di share kat atas tak cukup, boleh tambah ilmu dengan cari info dari banner bisnes bakeri di bawah.

0 Comments