Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Bubur Ayam Sedap Istimewa

Resepi Bubur Ayam Sedap Istimewa. Bubur ayam sedap dan istimewa ni saya sediakan kepada anak-anak ketika dia orang demam dan tak boleh makan nasi. Nanti emaknya ni yang akan melebih-lebih.. sebab saya pun suka makan bubur. Terutamanya bubur ayam. Memang habis 2 mangkuk. Haha.., bubur ayam sedap dan istimewa ni dahlah ringkas sangat tapi rasanya enak setanding bubur ayam McDonald. Jadi, kalau anda memang penggemar bubur naai ayam, bolehlah cuba resepi di bawah. Tak rugi mencuba. Nak makan dengan sambal kicap pun boleh. Suka hati lah dik..

Resepi Bubur Ayam Sedap Istimewa

Kalau nak tambah kacang goreng pun boleh. Nak tambah telur rebus pun sedap.

Resepi Bubur Ayam Sedap Istimewa


Bahan-bahan:

1 1/2 cawan beras – di basuh bersih
1 mangkuk isi daging ayam – di potong kecil-kecil
1 inci halia – di hiris halus
1 biji lada merah
serbuk pati ayam secukup rasa
ikan bilis goreng
bawang goreng
sedikit daun bawang dan sup – di hiris
sedikit minyak bijan (kalau suka)
air secukupnya

Cara menyediakan bubur ayam paling sedap


1. Rebus ayam dengan air kosong. Air rebusan mesti banyak kerana untuk nasi juga.

2. Asingkan ayam dan air rebusan. Masak nasi dengan air rebusan ayam tadi.

3. Asingkan sedikit air rebusan dan tambah dengan garam secukup rasa takut nasi kembang dan kering.

4. Kacau dan masukkan air rebusan sedikit-sedikit pada masa memasak nasi hingga nasi kembang dan lembik.

5. Masukkan halia, serbuk pati, garam, dan hirisan ayam ke dalam bubur.

6. Letakkan hirisan bawang goreng, lada merah, ikan bilis, daun bawang, daun sup dan beberapa titik minyak bijan.

Resepi Bubur Ayam Sedap Istimewa

Bubur ayam paling sedap dan istimewa siap untuk dimakan. Nak makan masa sejuk atau panas pun boleh. Sedap sangat. Rasa lemak dari air rebusan ayam pun memang menyegarkan.

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close