Resepi Getuk Ubi Yang Amat Mudah. Pernah dengar getuk ubi? Kalau orang Johor dah biasa sangat makan getuk ubi.. dari sejak zaman penjajahan dulu. Huhu.., orang tua kami selalu cerita tentang susah senang suka duka zaman pemerintahan Jepun. Yang hanya makan ubi, keledek dan pisang yang ditanam sendiri. Kalau zaman sekarang budak-budak mesti tak nak kalau kena sarapan getuk ubi dan sebagainya. Getuk ubi ada macam-macam gaya.. ada yang bentuk bulat dan ada yang leper. Kawan-kawan saya berbangsa Cina pun tahu makan ubi getuk ni. Lagipun sekarang dah ramai orang komersialkan ubi getuk sebagai minuman petang atau pun biasa ditemui di gerai menjual sarapan pagi.
Tak pernah makan getuk ubi ke? Kat bawah ni adalah gambar isi dalam getuk ubi yang telah masak dan selepas di goreng.
Bahan-bahan:
Ubi kayu secukupnya (anggaran 1 kg)
Kelapa parut putih, secukupnya (kurang lebih 1 cawan)
Sedikit garam dan gula
1 1/2 cawan tepung beras
1 biji telur, dipukul sedikit
Sedikit pewarna makanan kuning, kalau suka
Sambal kicap untuk mencicah atau sos kegemaran anda
1. Rebus ubi kayu hingga empuk, tapi jangan sampai terlampau empuk hingga lembik. Toskan ubi, masukkan kembali dalam periuk dan masak sekejap untuk mengeringkan air ubi.
2. Alih ubi ke dalam bekas, masukkan kelapa parut putih, sedikit gula (anggaran 1 camca besar) dan sedikit garam (yang ni kalau masa rebus tadi dah letak garam, tak perlu letak garam lagi, atau letak jika perlu). Tumbuk dengan anak lesung batu hingga semua sebati.
5. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Ambil beberapa biji bebola getuk ubi, masukkan dalam bancuhan tepung, kemudian goreng dalam minyak panas dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Hidang bersama sambal kicap.. aha.. style orang Johor memang makan dengan sambal kicap.
Tak pernah makan getuk ubi ke? Kat bawah ni adalah gambar isi dalam getuk ubi yang telah masak dan selepas di goreng.
Resepi Getuk Ubi Yang Amat Mudah
Bahan-bahan:
Ubi kayu secukupnya (anggaran 1 kg)
Kelapa parut putih, secukupnya (kurang lebih 1 cawan)
Sedikit garam dan gula
1 1/2 cawan tepung beras
1 biji telur, dipukul sedikit
Sedikit pewarna makanan kuning, kalau suka
Sambal kicap untuk mencicah atau sos kegemaran anda
Cara buat ubi getuk paling mudah
1. Rebus ubi kayu hingga empuk, tapi jangan sampai terlampau empuk hingga lembik. Toskan ubi, masukkan kembali dalam periuk dan masak sekejap untuk mengeringkan air ubi.
2. Alih ubi ke dalam bekas, masukkan kelapa parut putih, sedikit gula (anggaran 1 camca besar) dan sedikit garam (yang ni kalau masa rebus tadi dah letak garam, tak perlu letak garam lagi, atau letak jika perlu). Tumbuk dengan anak lesung batu hingga semua sebati.
3. Ambil 1 camca besar penuh, kepal-kepalkan dan bentukkan bebola. Buat hingga siap. Ketepikan.
4. Bancuh tepung beras bersama telur, sedikit garam hingga sebati. Tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan whisk hingga mendapat bancuhan yang tidak terlalu cair atau pekat. Tambah pewarna kuning makanan, kacau rata.
5. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Ambil beberapa biji bebola getuk ubi, masukkan dalam bancuhan tepung, kemudian goreng dalam minyak panas dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Hidang bersama sambal kicap.. aha.. style orang Johor memang makan dengan sambal kicap.
Selesai sudah resepi ubi getuk sedap dan mudah. Jika anda nak bentuk empat segi pun boleh, tak semestinya berbentuk bulat. Dan warnanya pun ikut kesukaan anda.
Selamat mencuba.
0 Comments