Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Ikan Sembilang Berlada

Resepi Ikan Sembilang Berlada. Ada orang tidak nakan ikan sungai. Ada kawan saya yang langsung tidak mengambil ikan sungai kerana baunya yang agak hanyir. Namun bagi saya, ikan sungai lebih segar dan isinya lebih lemak manis berbanding ikan laut. Terpulang kepada citarasa masing-masing.

Resepi Ikan Sembilang Berlada

Perkongsian resepi kali ini adalah ikan sembilang masak berlada. Saya memang suka makan ikan sembilang berlada, lebih-lebih lagi bila ia digoreng rangup dan dimasak dengan lebih cili. Terasa sangat wow!!

Resepi Ikan Sembilang Berlada


Bahan-bahan:

3 ekor ikan sembilang
(dipotong 3 ~ goreng bersama kunyit dan garam)
150 gram cili merah - dikisar
40 gram bawang putih - dikisar
40 gram bawang merah - dikisar
30 gram helacsn kampung/ Melaka
50 ml asam jawa, diperah dan ambil airnya
20 gram bawang besar - dipotong bulat untuk hiasan
20 gram tomato - dipotong 6
20 gram cili merah
Garam dan serbuk perasa secukupnya


Cara Menyediakan Ikan Sembilang Berlada


1. Gorengkan ikan sembilang yang telah diperap tadi bersama garam dan kunyit. Angkat dan ketepikan seketika.

2. Kemudian, tumiskan semua bahan kisar sehingga pecah minyak

3. Selepas itu, masukkan bahan-bahan berserta air asam ke dalamnya

4. Masukkan ikan sembilang yang siap digoreng ke dalam kuali satu persatu. Gaul perlahan-lahan supaya ikan sembilang tidak hancur

5. Setelah rata, angkat dan hidangkan dengan nasi panas.

Resepi Ikan Sembilang Berlada

Resepi ringkas sembilang berlada tadi amat sesuai untuk mereka yang baru nak belajar memasak. Caranya sama seperti nak goreng ikan cuma, tambah cili padi dan bahan-bahan asas lain untuk menjadikannya lebih sedap dan menyengat. Gorengkan ikan sembilang garing sedikit agar ikan tidak hancur dalam kuali bila dicampur dengan bahan tumisan tadi.

Akhir sekali anda boleh hiaskan dengan tomato, bawang besar dan lada merah yang dibelah empat. Lebih bersemangat nak makan.. hihi

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close