Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Ikan Siakap Stim Lemon Yang Simple

Resepi Ikan Siakap Stim Lemon Yang Simple. Siakap masak stim memang antara resepi faveret kami sekeluarga bila makan di luar atau di restoran Thai. Ada sesetengah restoran menyediakan menu tersebut dengan rasa yang amat tepat dan kena dengan tekak. Ada pula yang masak dengan ala kadar aje. Bukan semua ikan sedap di masak stim. Bagi kami anak beranak, ikan siakap dan ikan kerapu yang sering kami minta masak stim lemon ni.

Ikan siakap adalah antara ikan laut yang berdaging putih. Isi ikannya halus dan lemak. Sedap digoreng garing ataupun masak stim atau kukus. Ikan siakap juga amat sesuai dijadikan menu berpantang buat wanita bersalin atau selepas pembedahan. Dan tak lupa amat sesuai untuk menu anak lepas berkhatan.

So, jom belajar cara masak siakap stim lemon yang paling simple hanya dengan kuali. Haha..

Resepi Ikan Siakap Stim Lemon Yang Simple


Resepi Ikan Siakap Stim Lemon Yang Simple
Gambar hiasan

Bahan-bahan:

2 labu bawang besar di hiris besar-besar
2 biji tomato di belah-belah.
2 batang cili merah di hiris
5-6 biji cili api di hiris, kalau nak pedas lebihkan
3cm Halia di hiris kasar
1 biji lemon atau 5-6 biji limau kasturi di ambil jus nya sahaja.
garam dan serbuk secukup rasa Maggie, takde pun takpe..
air secukupnya

Cara-cara menyediakan siakap stim lemon yang simple


1. Guna kuali besar, dalam kuali, panaskan sedikit minyak masak

2. Bila minyak dah panas, masukkan bawang besar dengan halia. Kacau sampai sedikit layu.

3. Kemudian masukkan air ikut banyak mana kuah yang korang nak, contohnya saya masukkan 2 cawan aje..

4. Masukkan cili merah, cili api..

5. Masukkan ikan siakap anda

6. Tuang jus limau. Kacau sebati dan siram ikan tu dengan kuah dalam kuali tu. Kacau perlahan bagi elak ikan hancur

7. Masukkan tomato yang di belah tadi. Api dalam mood sederhana ya..

8. Akhir sekali, masukkan garam dan perasa secukup rasa Maggie. Jangan lupa balik-balikkan ikan supaya masaknya rata

9. Biar mendidih. Agak-agak isi ikan tu dah masak tutup la api

10. Siakap stim lemon anda siap untuk dihidangkan..

Selamat mencuba. Siakap stim lemon yang jadi faveret kami sekeluarga. Kemudian, makan dengan set sayur kailan goreng dengan puyuh sambal. Sedap tu..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close