Resepi Mee Goreng Basah Istimewa Dan Sedap. Nak masak apa hari ni? Ada cadangan tak? Bosan sudsh selalu makan nasi aje. Apa kata kita masak mee pulak. Mee goreng basa yang istimewa dan pastinya sedap. Hihi..., kalau boleh kita nak yang sedap je. Iya lah.. setelah puas memasak dan menyediakan bahan seperti dikehendaki mengikut resepi, sudah pasti kita mahukan hasilnya yang memuaskan hati dan tekak kita.
Resepi dalam sesuatu masakan adalah sebagai panduan kita sahaja, jika dalam proses memasak.. ada bahan yang tiada.. tak semestinya anda tak boleh memasak makanan itu dengan sebaiknya. Adjust sikit agar ianya tetap sedap walau tak cukup bahan. Cewahhh..
Mee goreng basah dari sumber Google |
Mee goreng basah simple tanpa kicap |
Macam saya lah, ketika menyediakan mee goreng basah istimewa ni, saya tak ada stok sos tiram dan sotong. Tapi saya gantikan udang kecil dengan saya masukkan 1 biji telur. Haa... kan sedap tu. Mix dan match ye kekawan..., hasilnya memang istimewa dan sedap. Dan saya tak letak kicap pekat sebab tak suka warna mee nanti.. kalau nak letak pun boleh. Kan anda yang nak makan.. 😘😘😘
Resepi Mee Goreng Basah Istimewa Dan Sedap
Bahan-bahan:
1 paket mee kuning
5 biji bawang merah perlu dikisar
3 ulas bawang putih perlu dikisar
½ inci halia perlu dikisar
3 ekor sotong di potong bulat
13 ekor udang kecil @ sederhana
1 biji telur
3 tangkai sayur sawi pak choy
1 mangkuk kecil taugeh
2 sudu besar cili boh
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap pekat
3 cawan air
Gula dan garam secukup rasa
1. Panaskan minyak. Tumis semua bahan yang ditumbuk/ kisar hingga naik bau. Kemudian tumis hingga pecah minyak.
2. Seterusnya masuk sos tomato, sos tiram, kicap pekat, air dan kacau sehingga mendidih.
3. Selepas itu anda masukkan udang dan sotong, tunggu sehingga masak. Kemudian bubuh garam dan gula ikut selera anda.
4. Pecahkan sebiji telur dan kacau rata biar telur nampak hancur.
5. Selepas itu pula anda masukkan mee kuning dan gaul sebati. Masukkan pula sawi. Jika anda nampak air macam dah nak kering atau tak cukup basah boleh tambah lagi sedikit air.
6. Kecilkan api dan masukkan taugeh. Kemudian gaul mee supaya sebati dengan bahan/ramuan tadi.
7. Apabila semua perasa dah meresap dalam mee, tutupkan api. Dan terus pindahkan mee ke dalam pinggan.
Kalau masak mee goreng yang biasa (tak nak basah), hanya masukkan bahan dan goreng macam biasa. Tapi, kalau nak buat mee goreng basah, kena tambah air yang agak banyak. Kalau rasa mee agak kering ketika dah siap masak.. masukkan lagi sedikit air supaya mee goreng sentiasa kelihatan lembap.
Kena makan mee goreng basah ketika masih panas. Sebab, mee kuning bila dah sejuk dia biasanya jadi kering. Tapi, masa nak makan panaskan semula. Insyaa Allah mee goreng anda sentiasa kelihatan basah.
Selamat mencuba.
5 biji bawang merah perlu dikisar
3 ulas bawang putih perlu dikisar
½ inci halia perlu dikisar
3 ekor sotong di potong bulat
13 ekor udang kecil @ sederhana
1 biji telur
3 tangkai sayur sawi pak choy
1 mangkuk kecil taugeh
2 sudu besar cili boh
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap pekat
3 cawan air
Gula dan garam secukup rasa
Cara Menyediakan Mee Goreng Basah Istimewa Dan Sedap
1. Panaskan minyak. Tumis semua bahan yang ditumbuk/ kisar hingga naik bau. Kemudian tumis hingga pecah minyak.
2. Seterusnya masuk sos tomato, sos tiram, kicap pekat, air dan kacau sehingga mendidih.
3. Selepas itu anda masukkan udang dan sotong, tunggu sehingga masak. Kemudian bubuh garam dan gula ikut selera anda.
4. Pecahkan sebiji telur dan kacau rata biar telur nampak hancur.
5. Selepas itu pula anda masukkan mee kuning dan gaul sebati. Masukkan pula sawi. Jika anda nampak air macam dah nak kering atau tak cukup basah boleh tambah lagi sedikit air.
6. Kecilkan api dan masukkan taugeh. Kemudian gaul mee supaya sebati dengan bahan/ramuan tadi.
7. Apabila semua perasa dah meresap dalam mee, tutupkan api. Dan terus pindahkan mee ke dalam pinggan.
Mee goreng basah saya dari dalam kuali.. 😍 |
Nampak sedap kan? Memang sedap.. hihi |

0 Comments