Resepi Nasi Goreng Cendawan Yang Sedap. Nasi goreng ada pelbagai versi, ada yang pedas, ada yang bersayur, ada yang kurang pedas, berasaskan seafood dan banyak lagi. Nasi goreng antara menu paling mudah disediakan jika anda hilang idea nak masak apa untuk family tersayang. Nasi goreng pun tak perlu banyak sangat rencahnya dan anda boleh recycle apa yang ada di dapur anda. Contohnya, ada daging masak kicap tak habis.. boleh buat nasi goreng daging. Kalau ada ikan goreng semalam tak habis, boleh juga buat nasi goreng ikan. Ikan hancurkan sikit-sikit kemudian masukkan dalam nasi yang digoreng. Itu pun idea berguna jika anda langsung pening nak masak apa.. betul tak?
Namun dibawah nanti saya akan share satu resepi istimewa iaitu nasi goreng cendawan. Yang ni pun dah biasa saya makan kat restoran. Boleh tahan sedap juga rasanya.
Bahan-bahan:
1 mangkuk penuh nasi
1 cawan ikan bilis ~ di goreng dan di tumbuk kasar
1 mangkuk sederhana cendawan ~ dibasuh bersih & toskan kemudian di goreng sekejap
2 biji telur
2 biji bawang merah – hiris nipis
2 biji bawang putih – cincang
2 biji cili merah atau beberapa biji cili padi ~ di potong halus atau di tumbuk
sedikit daun bawang dan daun sup (kalau suka)
kicap cair & garam secukupnya
1. Panaskan minyak, boleh guna minyak goreng ikan bilis dalam 3 sudu gitu..
2. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili
3. Masukkan garam, lada sulah dan biarkan bahan-bahan tumis agak garing.
4. Masukkan nasi, cendawan yang telah di goreng dan ikan bilis yang telah di goreng dan di tumbuk dan gaul sebati
5. Kuatkan api dan terus mengaul sampai nasi bercampur gaul dengan sebati dan agak garing.
6. Tambah kicap cair dan gaul lagi. Boleh lah rasa dah cukup rasa atau tidak.
7. Bila dah secukup rasa perlahankan sedikit api tolak nasi ke tepi tu, bagi ada ruang bulatan di tengah kuali dan pecahkan telur di tengahnya
8. Kemudian kacau kacau sikit telur tu kemudian gaulkan bersama nasi.. kuatkan kembali api dan kacau kacau sehingga masak dan nampak kegaringannya. Ada orang yang suka nasi goreng agak lembap, jadi matikan api bila lihat telur dan agak masak.
Namun dibawah nanti saya akan share satu resepi istimewa iaitu nasi goreng cendawan. Yang ni pun dah biasa saya makan kat restoran. Boleh tahan sedap juga rasanya.
Resepi Nasi Goreng Cendawan Yang Sedap
Bahan-bahan:
1 mangkuk penuh nasi
1 cawan ikan bilis ~ di goreng dan di tumbuk kasar
1 mangkuk sederhana cendawan ~ dibasuh bersih & toskan kemudian di goreng sekejap
2 biji telur
2 biji bawang merah – hiris nipis
2 biji bawang putih – cincang
2 biji cili merah atau beberapa biji cili padi ~ di potong halus atau di tumbuk
sedikit daun bawang dan daun sup (kalau suka)
kicap cair & garam secukupnya
Cara menyediakan nasi goreng cendawan yang sedap
2. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili
3. Masukkan garam, lada sulah dan biarkan bahan-bahan tumis agak garing.
4. Masukkan nasi, cendawan yang telah di goreng dan ikan bilis yang telah di goreng dan di tumbuk dan gaul sebati
5. Kuatkan api dan terus mengaul sampai nasi bercampur gaul dengan sebati dan agak garing.
6. Tambah kicap cair dan gaul lagi. Boleh lah rasa dah cukup rasa atau tidak.
7. Bila dah secukup rasa perlahankan sedikit api tolak nasi ke tepi tu, bagi ada ruang bulatan di tengah kuali dan pecahkan telur di tengahnya
8. Kemudian kacau kacau sikit telur tu kemudian gaulkan bersama nasi.. kuatkan kembali api dan kacau kacau sehingga masak dan nampak kegaringannya. Ada orang yang suka nasi goreng agak lembap, jadi matikan api bila lihat telur dan agak masak.
Selamat mencuba. Resepi nasi goreng cendawan ni sedap juga dimakan dengan ayam goreng ala KFC bersama hirisan timun. Rasa nyaman je makan nasi goreng macam ni. Jika anda suka dengan resepi ini, boleh share dan klik pada butang share di bawah ini.
0 Comments