Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Nasi Goreng Simple Tapi Sedap

Resepi Nasi Goreng Simple Tapi Sedap - Resepi yang admin nak kongsi kali ini amat ringkas iaitu nasi goreng "bodoh" aje, sebab dalam tu tak ada letak apa pun, cuma telur dan sikit sayur. Resepi ini dibuat sebab anak bujang kecil admin tak suka apa pun dalam nasi goreng tu. Kena layan kan aje..

Nak buat nasi goreng yang sedap, cuba biarkan nasi itu semalaman dulu. Bak kata Chef Wan.. nanti nasi goreng anda peroi aje, tak lembik gitu...

Resepi Nasi Goreng Simple Dan Sedap

Resepi Nasi Goreng Simple Dan Sedap


Bahan-bahan:

2 mangkuk nasi semalam (nasi sejuk)
2 biji bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
2 biji telur
5 biji cili padi - ditumbuk
Segenggam ikan bilis - digoreng untuk hiasan
2 tangkai sawi hijau
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara menyediakan Resepi Nasi Goreng Ringkas Tapi Sedap


Resepi Nasi Goreng Ringkas Tapi Sedap


1. Tumis bahan yang ditumbuk tadi hingga garing atau naik baunya

2. Masukkan garam ikut citarasa

3. Pecahkan telur dan kacau rata

4. Masukkan nasi dan kacau rata semuanya.

5. Akhir sekali masukkan sayur yang dipotong kasar dan ikan bilis goreng.

Mudahnya dan ringkas aje nasi goreng admin tu kan? Ini dipanggil nasi goreng bodoh je, sebab dalam tu tak letak apa bahan seperti ayam, sotong, udang dan sebagainya.

Nasi goreng ni khas untuk anak-anak yang tidak suka nasi goreng yang terlalu complicated, kadang tu sayur pun tak makan. Yang jadi mangsa siapa kalau tidak ibu dia ni..haha..

Selamat memasak untuk family anda.., hidangan akan sedap jika memasaknya dengan ikhlas. Air tangan ibu @ isteri itu yang mahal nilainya..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close