Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Sambal Goreng Jawa Yang Sedap

Resepi Sambal Goreng Jawa Yang Sedap & Menggamit Memori. Siapa yang tak kenal lagi dengan sambal goreng. Siapa yang duduk Malaysia mesti kenal dengan sambal goreng. Sambal goreng jawa pulak special, letak kicap lemak manis, ada letak santan pekat, dan tempe. Kalau tak ada tempe bukan sambal goreng namanya...

Sambal goreng jawa sedap dimakan dengan ketupat atau nasi impit. Makan macam gitu je tanpa lauk sampingan pun tak apa. Begitulah keadaan kami bila tiba hari raya... sambal goreng jawa memang menggamit memori. Bila teringat sedih pun ada.. 

Sambal goreng jawa versi ibu saya adalah cili keringnya tak di blender atau kisar, cukup sekadar digunting halus agar mudah dimakan. Tapi zaman sekarang ni, saya perhati orang buat sambal goreng jawa, semua bahan dikisar sekali. Nak cepat kut... 😅😅😅

Resepi Sambal Goreng Jawa Yang Menggamit Memori

Resepi Sambal Goreng Jawa 


Bahan Hiris/ Potong:

5 keping tempe - dihiris kecil dan nipis
5 biji kentang sederhana besar - hiris tebal dan kecil
3 keping tauhu basah - potong kotak kecil
2 biji bawang besar - hiris
3 keping tauhu kering - digunting bentuk kotak dan direndam
soo hoon sebungkus kecil - digunting dan direndam

Bahan Kisar:

10 biji bawang merah
15 tangkai cili kering/ padi
5 biji bawang putih
1/2 inci lengkuas
1/2 inci serai
1/2 cawan ikan bilis - direndam terlbih dahulu

Bahan Tambahan:

1/4 cawan asam jawa
1 1/2 cawan santan pekat
kicap lemak manis
gula dan garam secukupnya

Resepi Sambal Goreng Jawa Yang Menggamit Memori

Cara penyediaan Sambal Goreng Jawa Yang Sedap


Sambal goreng dalam kuali

1. Kentang yang sudah di potong tadi di goreng kemudian toskan airnya. Selepas tu goreng tauhu basah, tempe, dan ikan bilis.

2. Siapkan kuali dan panaskan minyak goreng semua bahan kisar. Kemudian kacau sehingga harum dan naik bau. Masukkan juga bawang besar yang sudah dihiris.

3. Masukkan semua bahan yang sudah di potong dan di goreng tadi. Buat sedikit demi sedikit. Bila semua bahan dah masuk kacau rata sekali lagi. masukan juga soo hoon yang direndam tadi dan tauhu kering.

4. Masukan asam jawa, kicap lemak manis, dan santan pekat. Kemudian masukan juga gula, garam, dan perasakan. Kacau terus sehingga kering.

5. Bila sudah kering sambal goreng jawa siap dihidangkan.

Selamat mencuba. Sambal goreng biasa atau sambal goreng jawa hampir sama rasanya kecuali warna agak berbeza. Sambal goreng jawa biasanya dimasak apabila ada kenduri kendara antara keluarga dan saudara mara. Sebab apa? Sebab sambal goreng jawa tahan lama dan amat sedap sekali dimakan dengan nasi dan ikan kering. Maka jadilah nasi ambang..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close