Resepi Sambal Telur Dengan Kentang Yang Ringkas Dan Sedap. Sambal telur versi telur rebus bersama dengan kentang. Memang sedap. Tak payah lauk lain pun tak apa, anak-anak pun suka. Lepas tu, campak sikit bawang holand sebagai hiasan. Kalau nak tau.. dalam family kami lebih suka makan lauk simple- simple je.. hihi
Kalau ada stok daun sup, tabur atas sambal telur tu sebagai hiasan. Kalau tak ada tak apa. Sambal telur dengan kentang adalah lauk saya sediakan jika tak sempat prepare apa-apa untuk menu hari tersebut. Jadi, biasanya saya dah siapkan cili blender dalam freeze/ peti sejuk.. bila nak guna dah standby. Senang dan jimat masa.
Bahan-bahan:
8 biji telur - direbus dan buangkan kulitnya
2 biji kentang - hiris memanjang dan tebal
1 biji bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
15 tangkai cili kering - kisar
1 biji bawang holland - potong kasar
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
1. Tumis semua bahan kisar hingga naik bau. Nota: Masa kisar bahan-bahan ni tadi letak minyak sikit dan air yang sesuai.
2. Masukkan kentang dan bawang holland. Kacau rata. Biarkan seketika biar kentang masak.
3. Bila telah pecah minyak, masukkan gula dan garam secukupnya.
4. Akhir sekali masukkan telur rebus tadi. Kacau seketika. Matikan api.
Sambal telur rebus dengan kentang siap untuk dihidangkan. Kalau nak lagi sedap, kentang tu goreng dulu sekadar bagi dia masak. Rasanya lebih sedap dan lemak berbanding anda masuk kan terus dalam sambal tanpa menggoreng dulu. Tak caya boleh cuba..

Resepi Sambal Telur Dengan Kentang Yang Ringkas Dan Sedap
Bahan-bahan:
8 biji telur - direbus dan buangkan kulitnya
2 biji kentang - hiris memanjang dan tebal
1 biji bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
15 tangkai cili kering - kisar
1 biji bawang holland - potong kasar
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
Cara menyediakan Sambal Telur Dengan Kentang Yang Ringkas Dan Sedap

0 Comments