Resepi Sambal Tumis Telur Puyuh. Bila sampai satu tahap nak masak apa pun tak tahu, cara mudahnya buat sambal. Tak kisah nak buat sambal apa pun, yang mudah dan campak-campak. Macam saya nak masak sambal telur puyuh kejap lagi, saya dah ada stok cili yang dah siap blender. Tinggal ambil dan tumis.
Kalau anda wanita bekerja, baik anda buat stok cili kering blender / kisar siap-siap. Saya blender siap dengan bahan-bahan sekali. Masa nak blender campurkan 2 sudu besar minyak dengan sedikit garam. Dengan cara itu cili blender tahan lama dan tidak berkulat.
Boleh makan tapi kena berhati-hati dan berpada-pada.
Bahan-bahan:
10 biji telur puyuh - di rebus dan buang kulit
10 tangkai cili kering - di kisar
3 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 sudu kecil Serbuk kunyit - kisar
1 keping asam keping
Garam dan gula secukupnya
2 tangkai daun sup sebagai hiasan
1 biji bawabg besar - hiasan
1. Tumis semua bahan kisar hingga naik bau. Kalau nak sedap biar sampai pecah minyak, baru sambal tumis tahan lama. Jangan lupa masukkan asam keping juga.
2. Masukkan garam dan gula secukupnya.
3. Masukkan telur puyuh yang telah direbus tadi.
4. Taburkan bawang besar yang di potong bulat dan daun sup di atasnya. Matikan api bila bawang sudah kelihatan layu.
Sambal telur puyuh siap untuk dihidangkan. Makan dengan nasi panas pun sedap. Nak makan dengan roti pun okay. Kalau buat lauk nasi lemak memang awesome!!
Selamat mencuba.

Cerita pasal telur puyuh, tahukah anda telur puyuh mengandungi protein yang amat tinggi. Telur puyuh juga mempunyai kolesterol tinggi sekitar 3640 mg yang lebih tinggi daripada kuning telurnya iaitu sekitar 2000 mg dan cumi cumi sekitar 1.170 mg. Kolesterol tinggi boleh menyebabkan peningkatan hormon testosteron yang boleh menjadi penyebab awal meningkatnya kolesterol di dalam tubuh yang kemudian akan menyebabkan penyakit jantung dan berisiko terjadi serangan strok.
Boleh makan tapi kena berhati-hati dan berpada-pada.
Resepi Sambal Tumis Telur Puyuh
Bahan-bahan:
10 biji telur puyuh - di rebus dan buang kulit
10 tangkai cili kering - di kisar
3 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 sudu kecil Serbuk kunyit - kisar
1 keping asam keping
Garam dan gula secukupnya
2 tangkai daun sup sebagai hiasan
1 biji bawabg besar - hiasan
Cara menyediakan Sambal Tumis Telur Puyuh

0 Comments