Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Biskut Pandan Kelapa Idaman Hati

Biskut Kelapa Pandan Idaman Hati. Kuih raya kegemaran saya adalah bangkit tradisional dan juga kuih biskut kelapa. Tapi sekarang ni dah jarang jumpa biskut kelapa bila pergi beraya. Kebanyakan kuih raya telah dimodenkan dan berwarna warni. Inilah trend sekarang. Orang berniaga kenalah ikut trend jika tak mahu rugi dalam bisnes, kan? Jadi, kalau korang nak cuba buat biskut sendiri raya nanti.. cubalah buat biskut kelapa pandan. Idaman hati ni..

Dalam resepi ni ada kelapa kering. Kalau tak dapat yang warna hijau, anda beli yang warna biasa pun tak apa. Biasa ada dijual di bahagian buat kuih muih.

Eh.. kuih ni disebut biskut kelapa pandan atau biskut pandan kelapa? Suka hati lah nak.. hihi, dua-dua boleh aje sebab serbuk kelapa kering hanya letak di atas biskut sebagai hiasan.

Resepi Biskut Kelapa Pandan Idaman Hati


Biskut Pandan Kelapa Idaman Hati

Bahan-bahan:

150 gram mentega
200 gram gula halus
250 gram tepung gandum
100 gram kelapa kering (warna hijau)
2 biji telur
1/2 sudu teh perasa pandan
2 sudu besar madu

Cara menyediakan biskut kelapa pandan idaman hati


1. Pukul mentega, gula halus dan madu hingga kembang dan masukkan telur. Pukul lagi.

2. Masukkan tepung gandum dan perasa pandan. Adun hingga jadi doh.

3. Uli dalam bentuk yang anda suka. Susun di atas dulang pembakar. Taburkan kelapa kering di atasnya.

4. Bakar pada suhu 180 darjah celsius selama 20 minit.

Selamat mencuba. Biskut raya pandan kelapa sedap di bakar rangup untuk mengelakkan dia berkulat apabila disimpan lama. Letak dalam balang kedap udara bagi mengelakkan ianya lemau.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close