Daging Masak Lemak Cili Api Sedap Dan Lembut. Daging masak lemak cili api, sedapnya hingga menjilat jari. Masak pun sesekali.. bila dapat resepi yang asli, terus masuk ke hati.. 🙄🙄.. begitulah gembiranya kami bila balik raya haji hari tu mak mertua masak daging lemak cili padi. Daging korban banyak, apalagi semua resepi berasaskan daging dicuba.
Oh ya, saya nak share sedikit tips cara dapatkan hirisan daging yang nipis dan cantik licin semasa memasak. Macam kat hotel.. hihi. Bagi mendapatkan hirisan daging yang cantik seperti hirisan daging salai dan daging tidak kecut bila di masak, anda harus lah rebus ketulan daging dahulu dan kemudian baru hiris nipis-nipis. Kalau daging hiris nipis-nipis dulu sebelum masak, anda takkan dapat hirisan daging yang cantik. Daging tersebut akan kecut apabila di masak.
Lagi satu, kalau nak dapat daging yang cepat empuk, dan lembut dimakan.. mestilah potong daging melintang dengan urat daging tersebut.
Bahan-bahan:
300-400gm daging lembu
6 ulas bawang merah (di kisar)*
3 ulas bawang putih (di kisar)*
10 biji cili padi (di kisar - nak pedas menyengat sila lah tambah cili.)*
2 inci Halia (di kisar)*
Sehelai daun kunyit*
2 batang serai (di titik)*
1 sudu kecil serbuk kunyit (kalau pucat tambah lagi serbuk kunyit)
1 1/2 sudu kecil garam
2 cawan santan
2 biji kentang (di potong empat setiap biji)
5 sudu besar minyak masak
Bahan Perasa & Air secukupnya
1. Ambil daging, di cuci dan di rebus bersama sedikit garam tanpa potong terlebih dahulu. Rebus hingga masak atau sedikit empuk.
2. Sementara itu, panaskan minyak dalam kuali atau periuk dan tumiskan bahan yang bertanda * sehingga wangi serta naik minyak atau kekuningan. Setelah kekuningan, masukkan air sedikit dan biarkan mendidih.
3. Setelah daging tadi masak, tapiskan dan setelah daging tersebut sejuk potong daging nipis-nipis. Masukkan hirisan daging, garam, serbuk perasa dan juga serbuk kunyit ke dalam bahan tumisan dan gaul rata. Jika terlalu kering, masukkan air dan masak selama 15 - 20 minit.
4. Setelah daging empuk, masukkan potongan kentang dan masak hingga lembut. Kemudian masukkan santan, kacau rata dan biarkan selama 10 minit atau hingga kuah sedikit pekat. Sedia di hidang.
Selamat mencuba resepi daging masak cili padi yang lembut, sedap dan menarik. Yang penting niat yang ikhlas memasak demi keluarga tersayang, Allah akan membalas dengan beribu kebaikan.
Oh ya, saya nak share sedikit tips cara dapatkan hirisan daging yang nipis dan cantik licin semasa memasak. Macam kat hotel.. hihi. Bagi mendapatkan hirisan daging yang cantik seperti hirisan daging salai dan daging tidak kecut bila di masak, anda harus lah rebus ketulan daging dahulu dan kemudian baru hiris nipis-nipis. Kalau daging hiris nipis-nipis dulu sebelum masak, anda takkan dapat hirisan daging yang cantik. Daging tersebut akan kecut apabila di masak.
Lagi satu, kalau nak dapat daging yang cepat empuk, dan lembut dimakan.. mestilah potong daging melintang dengan urat daging tersebut.
Resepi Daging Masak Lemak Cili Api Sedap Dan Lembut
Gambar sumber Eny Abdullah |
Bahan-bahan:
300-400gm daging lembu
6 ulas bawang merah (di kisar)*
3 ulas bawang putih (di kisar)*
10 biji cili padi (di kisar - nak pedas menyengat sila lah tambah cili.)*
2 inci Halia (di kisar)*
Sehelai daun kunyit*
2 batang serai (di titik)*
1 sudu kecil serbuk kunyit (kalau pucat tambah lagi serbuk kunyit)
1 1/2 sudu kecil garam
2 cawan santan
2 biji kentang (di potong empat setiap biji)
5 sudu besar minyak masak
Bahan Perasa & Air secukupnya
Cara-cara menyediakan daging masak lemak cili api

0 Comments