Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Hiasan Ruang Dapur Warna Cerah Nampak Lebih Luas

Hiasan Ruang Dapur Warna Cerah Nampak Lebih Luas. Rumah kecil pasti menghasilkan jawasan ruang dapur yang agak terhad. Sebagai wanita terutamanya yang suka ke dapur, pasti rasa kurang selesa jika nak memasak pun rasa tak selesa. Ruang dapur yang luas boleh mempengaruhi mood memasak. Bukan anda saja, saya pun begitu. Ruang dapur rumah teres setingkat yang kami diami memang agak kecil dan kurang selesa.

Namun jangan jadikan ia sebagai penghalang minat anda untuk memasak terutamanya untuk memberi yang terbaik buat keluarga tersayang.

Apa kata anda ikuti tips yang saya kongsikan di bawah tentang cara menghias ruang dapur agar jadi lebih luas. Nampak lebih luas. Insyaa Allah..

Hiasan Ruang Dapur Nampak Lebih Luas


Ada beberapa cara nak hias ruang dapur agar kawasan memasak nampak lebih luas.

1. Gunakan warna putih

Untuk persekitaran dapur anda nampak lebih luas, gunakan warna tema putih untuk ruang dapur. Maksudnya, beli perabut dapur yang berwarna putih.

Hiasan Ruang Dapur Warna Cerah Nampak Lebih Luas

Tapi kelemahannya, ruang dapur anda cepat kotor. Hahha.. kena rajin mop dan lap lantai serta kabinet selepas digunakan. Tak boleh malas-malas dah...

2. Simpan barang yang tak digunakan

Lagi satu, simpan barang yang tidak digunakan di dalam laci yang bertutup. Jadi, kawasan dapur nampak kemas dan lebih lapang.

3. Gunakan rak simpanan jenis terbuka

Hiasan Ruang Dapur Warna Cerah Nampak Lebih Luas

Seterusnya untuk ruang dapur nampak luas, gunakan rak simpanan jenis terbuka. Rujuk gambar di atas. Nampak minima dan luas. Setuju ke?

4. Maksimakan ruang pada dinding 

Last sekali, anda mungkin boleh maksimakan ruang pada dinding. Maksudnya, jangan ada yang diletak di atas lantai atau meja masak di dapur. Jika ada barang di dapur seperti blender, gula, bekas tepung dan sebagainya.. boleh buat rak tambahan di dinding

Semoga bermanfaat. Jika anda ada cadangan lain, boleh kongsikan cara hias ruang dapur nampak lebih luas di bahagian komen.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close