Resepi Nasi Ayam Madu Sedap Dan Simple. Dah ramai ysng share resepi nasi ayam, samada nasi ayam madu, nasi ayam biasa dan juga nasi ayam hainan. Tapi asasnya sama saja iaitu ada ayam dan air rebusan ayam atau stok ayam digunakan untuk masak nasi ayam.
Ada sesetengah orang tak guna pun air rebusan ayam tetapi sebaliknya tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang dikisar sebelum masak nasi ayam. Tambah air bila tumisan dah bau wangi dan masukkan beras yang dah dicuci bersih. Cara ni boleh jugak. Terpulang pada anda, mana yang mudah.
4 cawan beras (saya guna beras siam)
5 1/2 cawan air ( air dari rebusan ayam, boleh juga guna 2 kiub ayam dan campur dngn 51/2 cwn air)
sedikit garam (kalau dah cukup masin tak perlu tambah garam)
2 sudu besar butter
Bahan tumis:
4 ulas bawang putih - di hiris
1 inci halia - di hiris
4 batang serai- di ketuk
3 sudu besar minyak
Cara-cara:
1. Basuh beras, pastu toskan. Ketepikan.
2. Masukkan 5 cwn air rebusan ayam ke dlm rice cooker. Masukkan beras dan biarkan sebentar.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis hingga naik bau.
4. Masukkan 1/2 cawan air, biarkan mendidih dan masukkan ke dlm rice cooker.
5. Masukkan butter ke dalam periuk dan masak macam biasa.
6. Bila nasi dah kering gaulkan guna chopstick sekali sekala dan tutup semula.
7. Bila nasi dah masak, bolehlah hidangkan bersama ayam goreng madu dan sos cili merah dan hitam.
Untuk bahan sos pedas dan sambal kicap, anda boleh baca di sini.
1 ekor ayam- di potong 4 - selebihnya di cincang utk buat sup
3 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
2 sudu besar sos tomato
Cara-cara:
1. Rebus ayam bersama air hingga separuh masak dan keluarkan dari sup tersebut. (Air rebusan ayam inilah buat masak nasi ayam tadi)
2. Perap ayam bersama kicap, sos tiram,sos tomato dan madu selama 1/2 jam
3. Goreng ayam dlm minyak terendam. Setelah masak angkat dan toskan.
Ayam yang telah dipotong kecil2 (bahagian yg lebih/ tulang ayam)
2 biji kentang - di potong dadu besar
1 batang carrot- di potong kecil
Daun sup/ daun bawang dan bawang goreng secukupnya
2 ulas bawang putih (hiris)
2 ulas bawang merah (hiris)
1" halia (hiris)
Rempah tumis - 1 batang kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 1 biji buah pelaga
1 kiub pati ayam
Air secukupnya dlm 4 cwn
Garam secukup rasa
Cara-cara:
1. Masukkan rempah tumis, bahan2 hiris ke dlm periuk bersama 4 cwn air.
2. Masukkan ayam yg di cincang, kentang dan biarkan sehingga masak. Masukkan kiub pati ayam.
3. Setelah kentang empuk, masukkan carrot dan gaul sebati. Masukkan garam secukup rasa.
4. Setelah mendidih, tutup api dan bolehlah di hidangkan bersama nasi ayam.
5. Setelah siap boleh di hidangkan dgn taburan daun sup/bawang dan bawang goreng.
Sekian, selamat mencuba resepi nasi ayam madu ringkas tapi sedap. Cara nak buat pun mudah, tak perlu bahan yang pelik-pelik. Macam saya guna balik sup rebusan ayam untuk masak nasi ayam.

Resepi Nasi Ayam Madu Sedap Dan Simple
A. NASI AYAM

B. AYAM GORENG MADU
1 ekor ayam- di potong 4 - selebihnya di cincang utk buat sup
3 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar sos tiram
2 sudu besar madu
2 sudu besar sos tomato
Cara-cara:
1. Rebus ayam bersama air hingga separuh masak dan keluarkan dari sup tersebut. (Air rebusan ayam inilah buat masak nasi ayam tadi)
2. Perap ayam bersama kicap, sos tiram,sos tomato dan madu selama 1/2 jam
3. Goreng ayam dlm minyak terendam. Setelah masak angkat dan toskan.
C. SUP NASI AYAM

0 Comments