Resepi Nasi Goreng Seafood Istimewa. Nasi goreng antara menu yang paling mudah disediakan terutamanya jika ada lebihan nasi semalam yang tak habis dimakan. Simpan dalam peti sejuk bagi mengelakkan nasi basi dan esok harinya buat nasi goreng. Sedap tu.. sebab nasi yang peroi sangat sesuai dibuat nasi goreng. Kemudian, pelbagaikan resepi nasi goreng anda sesuai citarasa tekak sendiri..
Ada yang suka makan nasi goreng cina, kurang pedas dan tak ada ikan bilis goreng.. itu anak kecil saya suka. Ada pula yang suka nasi goreng kampung pedas! Itu kesukaan En suami. Saya pula tentulah suka nasi goreng seafood. Ada sotong dan udang pun cukuplah. Haha..
Bahan-bahan:
4 cawan nasi (kalau yang dah semalaman punya lagi bagus..nasi lebih peroi)
4 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
2 batang cili merah (dikisar)
5 biji cili padi (dikisar)
1/2 cm belacan (dikisar)
1 sudu makan kicap manis (kalau tak mahu warna tak payah bubuh kicap)
1 sudu makan sos tiram
3 batang kailan - dihiris
sedikit kobis (dihiris)
udang/sotong (ikut suka banyak atau sikit)
1 biji telur
garam secukup rasa daun sup dan timun untuk hiasan
1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga naik bau. Kacau rata.
2. Kemudian masukkan sos tiram dan kacau lagi.
3. Pecahkan telur dan kacau rata.
4. Selepas itu masukkan sotong dan udang. Biarkan masak seketika.
5. Tambahkan garam, dan serbuk perasa secukupnya.
6. Kemudian masukkan sayur kailan dan kobis, biarkan layu sedikit.
7. Akhir sekali, masukkan nasi dan gaul sekata. Boleh padamkan api.
8. Hiaskan dengan daun sup dan timun.
Siap dah. Resepi nasi goreng seafood yang mudah dan sedap. Nasi goreng kegemaran saya. Kalau tak suka sayur kailan, gantikan dengan daun hijau yang anda suka. Sawi pun boleh, kangkung pun sedap. Terpulang kepada kreativiti yang ada. Kalau saya mudah saja, guna apa daun yang ada dalam peti sejuk. 😅😅😅
Selamat mencuba.

Resepi Nasi Goreng Seafood Istimewa

Cara Masak Nasi Goreng Seafood Istimewa

0 Comments