Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Nasi Lemak Lembut, Sedap Dan Wangi

Resepi Nasi Lemak Lembut, Sedap dan wangi. Masak nasi lemak macam juga anda masak nasi😊😊, lebih air dia lembik tapi kalau kurang air pulak nasi jadi keras. Teknik masak kena ada cara dan peraturan. Ada jenis beras yang tak sesuai dengan air yang lebih, ada jenis beras pula yang tak lembik pun walau letak banyak air. Aishh... pening ke? Jangan macam tu.. ambil pengalaman di dapur sebagai cara memperbaiki skil memasak kita untuk orang yang kita sayang.

Lauk sampingan yang dimakan bersama nasi lemak adalah:

  • sambal tumis
  • Ikan goreng, ayam goreng, ikan bilis goreng
  • telur dadar, telur rebus, telur mata lembu
  • timun yg dihiris
  • kacang tanah goreng
  • dan lain2 ikut selera

Resepi Nasi Lemak Lembut, Sedap Dan Wangi

Resepi Nasi Lemak Lembut, Sedap Dan Wangi


Bahan-bahan:

4 cawan beras
5 cawan santan
1/2 biji bawang besar (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 inci halia (hiris)
2 helai daun pandan - disimpul
1 batang serai - dititik
garam secukup rasa

Cara masak nasi lemak lembut dan sedap 


1. Hiris bawang besar, bawang putih dan halia.
2. Beras dicuci bersih dan masukkan ke dalam periuk nasi (saya guna periuk eletrik) bersama bahan-bahan hiris, daun pandan dan serai.
3. Tuang santan dan garam secukup rasa ke dalam periuk nasi tadi dan gaul hingga rata. Masak nasi hingga hampir kering dan serih nasi perlahan-lahan hingga rata dan masak terus hingga nasi benar-benar masak.

4. Siap dihidangkan bersama lauk-lauk sampingan ikut selera masing-masing.

Resepi Nasi Lemak Lembut, Sedap Dan Wangi

Ingat ya, ukuran pot/ tin/ cawan untuk sukat beras sama dengan ukuran tin/ pot/ cawan untuk sukat santan. Maknanya, guna cawan yang sama lagi mudah. Tetapi biasanya saya akan lebihkan air bila masak nasi lemak. Sebabnya.. walau lembik macam mana pun nasi lemak, bila dah sejuk dia akan jadi cantik semula kerana kandungan lemak santan menjadikan nasi itu keras.

Memasak nasi lemak ada pelbagai cara, boleh juga letak halba untuk rasa yang berherba. Ada pula yang guna susu cair dan bukannya santan. Itu terpulang kepada citarasa masing-masing.

Resepi Nasi Lemak Lembut, Sedap Dan Wangi

Tapi bagi saya, kalau dah namanya nasi lemak, dengan campuran santan lagi sedap dan rasa original. Biarpun kalau makan banyak masa sarapan, pagi-pagi dah mengantuk.. tetapi keenakan nasi lemak dengan santan tiada tandingan. Haha.. 😃😃

Selamat mencuba resepi nasi lemak sedap dan wangi tu ya!

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

close