Resepi Rendang Ayam Cili Padi Paling Simple. Dulu saya tak tahu pun ada rendang cili padi. Bila masuk bekerja dengan syarikat sekarang baru lah saya merasanya dan amat sedap sekali. Sebab apa,? Kerana tahap pedasnya tak sama macam buat rendang biasa. Bila dah selalu makan, lama-lama tahu buat sendiri. Amatlah mudah rupanya nak buat rendang cili padi ni, kisar je semua bahan termasuklah cili padi dan tumis dengan ayam. Kemudian bila dah agak kering kuahnya, baru masukkan ayam.
Gambar di bawah, rendang cili padi dalam periuk lagi..
Kalau nak mudah makan, potong,ayam dengan saiz kecil sedikit. Kalau suka pedas, tambahlah jumlah cili padi yang hendak digunakan. Almaklum, ramai orang yang suka makan cili. Dengarnya makan cili padi banyak-banyak boleh awet muda. Ya ke?
Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong kecil dan bersihkan
Bahan kisar:
3 batang serai
2 inci Halia
1 inci lengkuas
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
15 biji cili padi - nak lebih pedas boleh tambah
Bahan tambahan;
2 kotak santan
2 paket kecil kerisik
Sedikit daun limau purut
Sedikit daun kunyit
Sedikit asam keping
1. Tumis semua bahan yang dikisar hingga naik bau. Jangan lupa masukkan asam keping. Kemudian masukkan ayam. Kacau hingga agak kering
2. Setelah ayam empuk, masukkan santan dengan kerisik, dan biarkan lama sedikit. Kacau lagi hingga kering.
3. Akhir sekali masukkan samada daun limau purut atau daun kunyit sebagai penyedap rasa dan bau harum.
Siap untuk dihidangkan. Sedap makan dengan nasi putih dan juga nasi impit. Campur dengan sambal goreng jawa pulak tu.. alahaiii.. terliur la pulak.
Selamat mencuba resepi rendang ayam cili padi simple di atas ya. Jika suka boleh kongsikan dengan rakan-rakan dan family anda.

Resepi Rendang Ayam Cili Padi Paling Simple
Bahan-bahan:
1 ekor ayam - potong kecil dan bersihkan
Bahan kisar:
3 batang serai
2 inci Halia
1 inci lengkuas
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
15 biji cili padi - nak lebih pedas boleh tambah
Bahan tambahan;
2 kotak santan
2 paket kecil kerisik
Sedikit daun limau purut
Sedikit daun kunyit
Sedikit asam keping
Cara menyediakan rendang ayam cili padi

0 Comments