Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Buat Tauhu Sumbat Yang Sedap

Cara Buat Tauhu Sumbat Yang Sedap. Tauhu sumbat memang sedap terutamanya bila dimakan dengan kuah kacang tanah yang pedas-pedas manja gitu.., nak buat dengan sengkuang dan taugeh aje pun boleh. Kalau makan di kedai yang jual tauhu sumbat, saya pasti akan ambil lebih dari satu. Memang saya suka makan tauhu sumbat.

Ada kedai makan jual sebelah tauhu sumbat RM1.20, dan ada yang jual RM1.50. Ikut saiz agaknya. Tapi kalau beli kat kedai runcit, sekeping tauhu dijual RM0.25 atau RM1.00 dapat 3 keping. oleh kerana saya suka makan tauhu sumbat, saya pun dah pandai buat tauhu sumbat dengan kuahnya sekali. Kuah tu yang kritikal sikit.. kadang sedap dan kadangkala tak sedap. haha..

Cara Buat Tauhu Sumbat Yang Sedap
Tauhu sumbat sedap - gambar hiasan 

Resepi Tauhu Sumbat Yang Sedap


Bahan-bahan: 

5 keping tauhu
30 gm Timun + Lobak merak + Sengkuang + Tauge (dipotong bentuk jejari)
Sedikit garam


Dapatkan Juga: Resepi Siakap Stim Lemon Yang Sedap


Cara Buat Tauhu Sumbat Yang Sedap


Cara Buat Tauhu Sumbat Yang Sedap
Tauhu sumbat - gambar hiasan
1. Bersihkan tauhu dan gaulkan bersama sedikit garam.
2. Gorengkan tauhu hingga kekuning-kuningan.
3. Celurkan sebentar timun, lobak merah, sengkuang dan tauge.
4. Potong tauhu berbentuk tiga segi dan sumbatkan bahan-bahan yang telah dicelur. 

Bahan-bahan untuk Kuah Kacang Tauhu Sumbat


200 gm Kacang tanah
15 gm Cili kering
3 gm Belacan
5 gm Bawang putih
125 ml Santan
30 ml Air asam jawa
125 ml Air
5 gm Garam
10 gm Gula
30 ml Minyak masak

Cara-cara untuk membuat kuah kacang tauhu sumbat


1. Gorengkan kacang tanah tanpa menggunakan minyak. Sejukkan seketika dan kupas kulit kacang tanah itu dan kisarkan kacang tanah itu.

2. Kisarkan bawang merah, bawang putih, cili dan belacan.

3. Panaskan minyak untuk menumis bahan yang dikisar sehingga garing.

4. Masukkan kacang tanah yang telah dikisar dan sedikit air asam jawa. Kacau sehingga sebati.

5. Kemudian masukkan santan ke dalam periuk. Pastikan menggunakan api yang perlahan sehingga kuah kacang pekat dan perasakan dengan garam dan gula.

6. Masak sehingga kuah kacang menjadi pecah minyak dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba resepi tauhu sumbat yang sedap lagi lazat dari #kayoomanis. Jangan lupa share dengan kawan-kawan anda yang lain yang mungkin juga sukakan tahu sumbat yang menyihatkan ini.  

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close