Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Ikan Senangin Masak Asam Pedas

Ikan Senangin Masak Asam Pedas. Selalunya saya share resepi ikan masak asam pedas, dari ikan merah. Tetapi kali ni saya nak kongsi resepi ikan senangin masak asam pedas. Kat mana-mana makan asam pedas, ada pelbagai cara memasaknya. Ada yang letak belacan, ada yang lebih segar masukkan bunga kantan. Dan, dalam resepi ikan senangin masak asam pedas, resepinya ada masukkan terung. Macam macam kan?

Jom cuba resepi sedap ikan senangin masak asam pedas yang terangkat!!

Resepi Ikan Senangin Masak Asam Pedas


Ikan Senangin Masak Asam Pedas 

Bahan-bahan:

2 ketul ikan senangin
1 senduk cili boh
1 inci belacan
1 sudu bawang besar yang telah dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 sudu besar gula
2 biji terung - dibelah
Garam secukup rasa
3 cawan air
Sedikit daun kesum - ambil daunnya

Cara menyediakan Ikan Senangin Masak Asam Pedas


1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk

2. Rebus hingga ikan masak

3. Boleh masukkan bunga kantan, jika suka

Cara masak asam pedas di atas macam asam rebus aje kan? Tapi saya lebih suka bahan-bahan yang ditumis dahulu. Tetapi setiap orang ada memiliki cara tersendiri untuk memasak. Betul tak?

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close