Ikan Siakap Stim Bersos Sedap. Resepi ini amat sesuai untuk ibu ibu dalam pantang. Terutamanya bila resepi disediakan dengan cara mengukus. Lagi satu, siakap kan ikan berdaging putih. Memang amat digalakkan kepada ibu dalam pantang. Bagi sang suami, belikan ikan berdaging putih untuk isteri anda. Kaya dengan protein..
Ikan siakap stim ada banyak cara memasaknya, ada yang suka 3 rasa, atau pun stim lemon dan ada juga yang suka siakap masak asam pedas.
Cerita tentang siakap, minggu lepas en suami pergi memancing di kolam ikan.. bila nak balik tauke kolam pancing bagi berbelas ikan siakap. Rupa-rupanya dia dalam proses tukar air masin dalam kolam, jadi sesetengah ikan siakap tak tahan lama, banyak yang lemas. Itu yang si tauke bagi free kepada en suami. Dah rezeki...
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap - siang dan bersihkan
Bahan A:
10 gram cili kering
5 gram bawang putih
5 gram bawang merah
5 gram halia
1 sudu besar cili merah
Sedikit daun bawang
Bahan B:
40 gram kicap cair
20 gram sos tiram
20 gram gula batu
10 gram perasa makanan
10 gram tepung jagung
200 ml air
1. Kukus ikan selama 15 minit atau sehingga masak. Ketepikan.
2. Tumiskan bahan A sehingga naik bau. Selepas itu masukkan pula bahan B
3. Masak selama 5 minit sehingga kuah sedikit pekat
4. Tuang kuah di atas ikan yang sudah dikukus tadi
Daaa... siap! Selamat mencuba.

Resepi Ikan Siakap Stim Bersos Sedap
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap - siang dan bersihkan
Bahan A:
10 gram cili kering
5 gram bawang putih
5 gram bawang merah
5 gram halia
1 sudu besar cili merah
Sedikit daun bawang
Bahan B:
40 gram kicap cair
20 gram sos tiram
20 gram gula batu
10 gram perasa makanan
10 gram tepung jagung
200 ml air
Cara masak Ikan Siakap Stim Bersos Sedap

0 Comments