Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Rahsia Resepi Pulut Kuning Lembut Dan Wangi

Rahsia Resepi Pulut Kuning Lembut Dan Wangi. Pulut kuning untuk harijadi anak-anak dan sebiji kek yang dimakan bersama keluarga tersayang. Itu pun dah cukup indah kenangan tersebut. Pulut kuning biasa orang buat bila ada kenduri kesyukuran, meraikan kejayaan anak-anak dan orang tersayang, masa berkhatan pun boleh juga.. banyaklah juga hidangan pulut kuning dibuat ketika hari-hari istimewa. Paling grand adalah sebagai ganti kek pada majlis perkahwinan.

Pulut kuning pun mudah nak buat, makan dengan rendang daging atau ayam dan sambal ikan bilis pun boleh. Makan dengan kari ayam pekqt-pekat pun sedap, tak nampak orang lalu dah.. hihi. Kalau saya, dapat makan dengan serunding daging lagi lah yummmy!!


Resepi Pulut Kuning Lembut Dan Sedap


Bahan-bahan:

1 kg beras pulut
2 1/2 cawan santan pekat ( saya letak 70% santan beli dah siap + 30% air dlm sukatan 1 cawan )
2 keping asam gelugur
1 sudu besar serbuk kunyit
1/2 sudu besar gula
2 sudu teh garam (anggaran .. ikut citarasa )
1 helai daun pandan
Daun pisang untuk alas pengukus

Cara menyediakan pulut kuning sedap dan lembut


1. Cuci beras pulut. Rendam dalam air bersama asam keping dan serbuk kunyit tadi. Ratakan beras agar serbuk kunyit sekata. Rendam sekurang-kurang tiga jam.

2. Cukup masa.. panaskan alat pengukus. Saya guna loyang je kukus dlm kuali besar. Alas daun pisang pada loyang.

3. Tos air beras tadi.. buang asam gelugur. Letak beras pulut dalam loyang..simpulkan daun pandan letak dalam beras. Kukus selama 20 minit.

4. Cukup 20 minit.. keluarkan beras tadi..ketepikan seketika. JANGAN MATIKAN API DAPUR PENGUKUS KERANA PULUT AKAN DIKUKUS UNTUK KALI KE 2.

5. Campurkan gula dan garam dalam santan.. panaskan seketika atas dapur. Jangan smpi mendidih.. sekadar masak sekejap. Tujuan agar pulut kuning nanti tahan lama tak basi dengan cepat.

6. Gaulkan santan tadi  dengan pulut.. gaul sedikit demi sedikit sampai semua santan sebati dengan pulut. Biarkan ia rehat dalam 10 minit.

7. Cukup 10 minit.. kukus semula pulut selama 30 minit... SIAP.


Saya kongsikan dan siarkan semula Resepi Roszana Ismail untuk rujukan sendiri dan juga pembaca blog ini. Oh ya, rahsia pulut kuning anda sedap dan wangi tentulah daripada daun pandan yang disimpulkan dalam beras pulut tersebut.

Selamat mencuba. Boleh dimakan dengan serunding daging atau ayam, rendang daging, sambal ikan bilis dan sebagainya.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close