Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Asam Pedas Asli Ikan Merah Style Orang Johor

Resepi masakan sedap-sedap belaka bila dalam bulan puasa ni, pergi bazaar ramadhan tak boleh move on langsung, semua makanan rasa nak beli..🤔🤔 tapi yang tak larat ongkosnya.. 

Hari ni terfikir nak makan asam pedas ikan merah. So google jom, resepi mana yang sedap tapi simple. So... terjumpa resepi ringkas dari aynorablogs.., gerenti sedap ini kut..

Asam pedas adalah masakan terkenal orang Johor dan ada banyak cara dan versi memasaknya. Namun yang membuatkan sesuatu rasa asam pedas itu naik dan rasa asli adalah kerana serai dan asam jawanya! Tak caya? Cuba buat tanpa dua benda ni, memang jadi lain..hihi😁😁 jangan lupa juga dengan daun kesum. Memang awesome asam pedas kita tu...

Resepi Asam Pedas Ikan Merah Style Orang Johor
Resepi Asam Pedas Ikan Merah Style Orang Johor

Teringat pulak waktu makan asam pedas ikan mayong kat rumah MIL. Tanya jugak apa yang buat rasanya so lemak, lazat... do, dia kata letak sikit sambal belacan. Jadi suka hati anda nak letak sambal belacan atau tidak dalam resepi asam pedas tu. Tapi bagi saya, keaslian asam pedas adalah kerana kesederhanaan dalam bahan-bahannya. Sekadar yang asli pun dah cukup umppph!!

Jom tengok resepinya...

Resepi Asam Pedas Ikan Merah Style Orang Johor


Bahan-Bahan Asli

1 ekor ikan merah sederhana besar - di potong sederhana besar
1 ikat daun kesum
1 batang serai - diketuk
3/4 cawan air asam jawa (3 sudu besar asam jawa, dibancuh dengan 1/2 cawan air)
Garam dan sedikit gula
Minyak untuk menumis

Bahan Kisar Asam Pedas Johor

1 cawan cili kisar
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Air secukupnya - lebih kurang 4 cawan

Bahan-bahan tambahan ikut suka;

2 biji tomato-belah 4
1 btng bunga kantan-belah 2
1/2 inci belacan - dibakar. (Untuk dicampur dalam bahan kisar)

Cara-Cara Menyediakan Asam Pedas Johor Yang Asli 


Resepi Asam Pedas Ikan Merah Style Orang Johor


1. Ikan di siang, bersihkan, cuci dan toskan.

2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga naik bau, masukkan serai, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Masa menumis guna api sederhana dan sentiasa kacau perlahan-lahan.

3. Masukan air dalam 1 cawan dan biarkan mendidih.

4. Bila mendidih, masukkan ikan dan jus asam jawa, gaul rata dan biar mendidih. Tambah daun kesum.

5. Pekat atau cairnya kuah, bergantung citarasa masing-masing. Tambahkan air dalam 3 cawan lagi.

6. Biarkan mendidih lagi. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar masak dengan api sederhana. Bila sudah masak, angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

7. Boleh tambah tomato, bunga kantan dan sayur bendi (jika suka.) Asam pedas Johor yang asli tidak perlu tambah banyak bahan hiasan. Okay...
Selamat mencuba resepi asli asam pedas Johor yang lazat. Dan, yang penting mudah!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close