Resepi Cucur Ikan Bilis Lembut Di Dalam Rangup Di Luar. Siapalah yang tak pandai buat cucur atau jemput-jemput, kan? Dari kecil sampai besar itulah makanan paling mudah disediakan waktu pagi. Cuma waktu sekarang banyak cucur yang telah dikreatifkan hingga jadi viral pulak. Ada macam-macam jenis cucur, antaranya cucur udang, cucur ikan bilis, cucur sayur, cucur jagung muda dan banyak lagi. Cucur atau jemput-jemput nasi pun ada.
Kalau ikut petua mak mertua, nak buat jemput-jemput lembut tapi rangup, guna je air panas yang menggelegak. Kalau air suam dia tak berapa nak menjadi. Tapi tengok air tangan masing-masing jugak..
2 cawan tepung gandum
segenggam ikan bilis - belah 2 bila besar
sebiji kentang - potong dadu (opsyenal)
1/4 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar gula
garam secukupnya
1 ikat daun kucai
1 biji cili merah - potong kecil
3/4 cawan bawang besar - potong kecil
1 1/2 cwn air panas mendidih
1. Satukan semua bahan diatas ke dalam bekas kemudian tuang air panas sedikit demi sedikit sambil di gaul hingga rata atau hingga adunan mencapai kelikatan yang sesuai. Bancuh dengan cepat. Adunan jadi berat dan kental.
2. Panaskan minyak kemudian goreng adunan tadi menjadi beberapa bahagian. dengan menggunakan api sederhana goreng hingga kekuningan selepas tu angkat dan toskan.
3. Akhir sekali, hidangkan panas-panas bersama sos cili atau apa-apa yang anda sukai.
Kalau nak bentuk cucur tu bulat, bentukkan adunan seperti bebola mengikut selera. Masa nak bulat bulatkan cucur, taburkan sedikit tepung di permukaan telapak tangan supaya mudah nak bentukkan bulat.
Kalau ikut petua mak mertua, nak buat jemput-jemput lembut tapi rangup, guna je air panas yang menggelegak. Kalau air suam dia tak berapa nak menjadi. Tapi tengok air tangan masing-masing jugak..
Resepi Cucur Ikan Bilis Lembut Di Dalam Rangup Di Luar
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
segenggam ikan bilis - belah 2 bila besar
sebiji kentang - potong dadu (opsyenal)
1/4 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar gula
garam secukupnya
1 ikat daun kucai
1 biji cili merah - potong kecil
3/4 cawan bawang besar - potong kecil
1 1/2 cwn air panas mendidih
Cara menyediakan Cucur Ikan Bilis Lembut Di Dalam Rangup Di Luar
1. Satukan semua bahan diatas ke dalam bekas kemudian tuang air panas sedikit demi sedikit sambil di gaul hingga rata atau hingga adunan mencapai kelikatan yang sesuai. Bancuh dengan cepat. Adunan jadi berat dan kental.
2. Panaskan minyak kemudian goreng adunan tadi menjadi beberapa bahagian. dengan menggunakan api sederhana goreng hingga kekuningan selepas tu angkat dan toskan.
3. Akhir sekali, hidangkan panas-panas bersama sos cili atau apa-apa yang anda sukai.
Nota:
0 Comments