Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Daging Masak Kicap Ringkas Dan Sedap

Resepi Daging Masak Kicap Ringkas Dan Sedap. Rasanya saya pernah kongsikan resepi daging masak kicap sebelum ini tetapi ada lain sikit cara penyediaan dan memasaknya. Ada yang masukkan lada hitam sedikit dan ada yang guna lada kering untuk menaikkan rasa pedas pada daging masak kicap mereka. Terpulang cara masing-masing.

Resepi daging masak kicap ni boleh juga dijadikan menu tambahan pada hari raya atau selepas hari raya, jika ada daging yang berbaki. Tak membazir, kan?

Resepi Daging Masak Kicap Ringkas Dan Sedap 


Resepi Daging Masak Kicap Ringkas Dan Sedap
Gambar hiasan

Bahan-bahan:

1 kg daging - Daging 1 kg potong dan rebus dengan air yang sedikit
Bawang merah 2 biji yg besar - kisar
Bawang putih 3 ulas - kisar
Cili kering 10 tangkai - kisar
Halia 1 ibu jari - kisar
Kunyit hidup 1 inci - kisar
Kayu manis, buah pelaga
Air asam jawa sikit
Sos cili
Kicap manis
Bawang besar potong - untuk hiasan
Cili merah
Cili api

Cara menyediakan Daging Masak Kicap Ringkas Dan Sedap


1. Tumiskan bahan kisar bersama kayu manis, buah pelaga sampai naik minyak

2. Masukkab sos cili dalam 3 sudu besar, kicap ikut nak hitam ikut citarasa,, masukkan daging dan air rebusan daging tu.

3. Bubuh garam, perisa, gula - bubuh garam jangan banyak sebab kicap dah masin.

4. Bubuh air asam jawa sikit, masak sampai agak pekat. Kemudian, masukkan bawang potong, cili merah dan cili api hijau

5. Siap untuk dihidangkan

Semoga perkongsian resepi daging masak kicap di atas memberikan lagi satu hidangan pilihan untuk keluarga anda. Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close