Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Daging Masak Paprik Sedap

Resepi Daging Masak Paprik Sedap. Daging masak paprik nemang jarang saya buat. Kalau ayam masak paprik memanglah pakar.. kerana ada yang order selalu. Siapa lagi kalau bukan hero dewasa tu.. hihi. Daging paprik sama juga bahan resepinya kecuali tukar ayam dengan daging yang dihiris nipis. Ada sesetengah orang tak rebus atau goreng dulu pun daging tu. Tapi saya prefer cara masak paprik, dagingnya rebus dulu dan kemudian baru di hiris nipis. Lain orang lain caranya. Kalau nak cepat, baik rebus dulu daging tu..

Resepi Daging Masak Paprik Sedap

Kalau nak tahu, saya memang jarang masak daging kat rumah. Tapi bila cuti sekolah bermula, hero bujang saya kan ada.. so, kerana permintaan dialah maka ada menu berupa daging masak paprik kat rumah ni..

Resepi Daging Masak Paprik Sedap


Bahan-bahan:

500 gram daging lembu - Rebus dulu. Gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, gaul sehingga rata dan goreng jangan sampai garing.
1/2 biji lada benggala (merah dan kuning)- potong dadu
250 gram bunga kobis - potong sekuntum-sekuntum
150 gram kacang panjang - dipotong lebih kurang satu inci
5 biji cili padi merah - dihiris ( jika nak pedas boleh tambah lagi)
3 batang serai - diketuk
5 helai daun limau purut
2 biji bawang besar - belah enam
3 ulas bawang putih - cincang halus
2 biji tomato saiz sederhana - pontong empat
4-6 batang jagung muda- potong pendek
Daun ketumbar - potong kasar

Bahan Sos: 

2 sudu besar sos tiram
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap manis

Cara Buat Daging Masak Paprik Sedap 


1. Masukkan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih, dan serai hingga harum. Masukkan cili padi, daun limau purut dan daging. Kacau dan masak sekejap. Tambahkan air rebusan daging tadi.

Resepi Daging Masak Paprik Sedap

2. Tambah bahan-bahan sos seperti sos tomato dan cili, sos tiram dan kicap manis di atas, bunga kobis, kacang panjang, lada benggala, jagung muda dan kemudian digaul sehingga rata. Masukkan tomato dan masak sehingga sayur lembut.

Akhir sekali masukkan daun ketumbar, kacau kesemua bahan tersebut dan rasa, jika ada nak tambah rasa, anda boleh tambah mengikut selera anda. Jika dah ok, anda boleh tutup api dan boleh dihidangkan.

Resepi Daging Masak Paprik Sedap

3. Dah siap pun hidangan daging masak paprik kita. Makan dengan nasi putih panas-panas.

Selamat mencuba resepi daging masak paprik sedap dan terbaik. Resepi di atas ada yang boleh diubahsuai sedikit untuk citarasa anda.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close