Menu Berbuka Puasa Dan Sahur - 30 Resepi Lauk Pauk Kampung. Salam ramadhan dear readers and to all my muslim friends..., nak kongsi dengan anda semua aneka resepi juadah berbuka puasa dan bersahur yang korang akan rasa teruja. Koleksi resepi ini adalah daripada blog saya sendiri dan juga dari blog masakan yang lain.
Dalam bulan puasa biasanya saya sukakan masakan sup dan yang simple je. Contohnya sup telur dengan kentang dan tomyam seafood. Rasa segar dan hilang letih setelah seharian berpuasa. Namun, koleksi 30 resepi lauk pauk kampung untuk berbuka dan sahur yang saya kongsikan di bawah ini adalah antara juadah yang saya gemari juga.
Sudah tentu resepi yang dicadangkan adalah antara resepi paling popular dalam blog, yang kekadang kita sendiri pun biasa buat pada waktu lain. Maksudnya, resepi yang biasa kita masak itulah yang jadi juadah kegemaran sekeluarga dalam bulan puasa.
Anda boleh saja salin dan kongsikan pada rakan rakan lain yang sedang mencari sesuatu resepi dari blog ini.
Jom kita tengok resepi yang jadi top 30 dalam blog ini yang boleh dijadikan menu untuk berbuka dan bersahur terbaik...
Semua resepi ada di bawah gambar yang disertakan. Klik pada link yang disertakan tu..
Ayam masak lemak cili padi kesukaan saya dan famili sampai bila-bila.. haha, dalam seminggu ada lah 2 kali masak menu ni dalam bulan puasa. Kuahnya pun boleh buat cicah lempeng.. kalau suka..
Asam pedas style Johor yang asli, simple je. Tak perlu resepi yang remeh temeh.. buat cair sikit, boleh hirup kuah tu.
Ya Allah, sedapnya waktu sahur dapat makan kari daging lembu yang panas-panas tu.. makan dengan sambal belacan dan ulam timun. Haha..
Nasi ayam antara kegemaran hero kecil saya. Dia tak mintak banyak, dapat nasi ayam dengan murtabak.. oklah tu. Dah kenyang sampai ke sahur..
Udang galah masak rendang pedas. Guna cili api. Ni kalau buat lauk bersahur.. takut mata yang terpejam terus terbuka luas. Almaklumlah.. namanya rendang pedas..
Nak masak ayam masak merah ketika bersahur pun sedap. Menu ni pun simple je, dan dengan masak menu yang pedas sikit.. boleh bagi segar mata anak-anak dan suami tersayang. Hihi..
1 kilo sotong saiz sederhana - dibersihkan dan dipotong gegelang lebih kurang 3 inci lebar.
2 - 3 helai daun limau purut
2 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar pes tom yam
1 sudu besar sos sotong
1 sudu besar sos tiram
1 batang serai - dititik
Beberapa biji cili padi - dititik
1 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 biji bawang besar - dipotong gegelang
Daun bawang untuk hiasan
Garam dan gula secukup rasa.
3 sudu besar minyak untuk menumis.
CARA-CARA MENYEDIAKAN SOTONG SAMBAL ALA THAI:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan serai sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan masak sehingga terbit minyak.
2. Selepas itu masukkan pes tom yam dan kacau rata, diikuti dengan sos sotong dan sos tiram. Tuangkan 1/2 cawan air untuk kuahnya. Perasakan dengan garam dan gula.
Nak cuba resepi ayam goreng kunyit yang rangup? Senang nak di makan sebab kita hanya ambil isi ayam yang di potong dadu. Perap sekejap.. dah siap. Goreng jangan masin sangat.. nanti tak dimakan pulak..
Menu telur rebus masak merah, mudah sangat. Untuk berbuka dan waktu sahur pun boleh. Menu berasaskan telur antara menu paling popular dalam bulan ramadan. Hihi
Ikan kembung pun sedap di masak asam pedas. Masa zaman susah dulu, bonda saya kerap masakkan asam pedas ikan kembung buat kami.. Kalau masak asam pedas, jangan masak lama-lama ikan tu.. nanti hancur.
Lauk paprik sotong yang sedap, beli atau buat sendiri.. terpulanglah. Kalau nak cepat, beli aje. Order awal-awal. Kalau nak masak sendiri.. tunggu hari minggu jawabnya..
Hmm.. sedapnya. Udang galah lagi. Dah ni yang senang dapat.. hihi, masak lemak dengan jintan manis. Rasa lemak manisnya tu memang membuka selera. Cuba lah..
Ini resepi time terlewat masak sahur. Ada cili dalam peti ais, tumis sekejap dan masukkan telur yang telah direbus.
Jom kongsikan Aneka Koleksi Resepi 30 Menu Berbuka Puasa Dan Bersahur Terbaik 2023 kepada rakan dan saudara mara untuk variasi menu berbuka puasa dan bersahur selama berpuasa di dalam bulan Ramadhan. Diharap koleksi 30 resepi ini akan memudahkan urusan anda memasak untuk keluarga tercinta.
Selamat mencuba.

Koleksi 30 Resepi Lauk Pauk Kampung Menu Berbuka Puasa Dan Bersahur Terbaik 2023
Jom kita tengok resepi yang jadi top 30 dalam blog ini yang boleh dijadikan menu untuk berbuka dan bersahur terbaik...
Semua resepi ada di bawah gambar yang disertakan. Klik pada link yang disertakan tu..
1. Ayam Masak Lemak Cili Padi
Ayam masak lemak cili padi kesukaan saya dan famili sampai bila-bila.. haha, dalam seminggu ada lah 2 kali masak menu ni dalam bulan puasa. Kuahnya pun boleh buat cicah lempeng.. kalau suka..
2. Asam Pedas Ikan Merah Style Johor
Asam pedas style Johor yang asli, simple je. Tak perlu resepi yang remeh temeh.. buat cair sikit, boleh hirup kuah tu.
Resepi Asam Pedas Johor Yang Sedap |
3. Daging Masak Kari
Ya Allah, sedapnya waktu sahur dapat makan kari daging lembu yang panas-panas tu.. makan dengan sambal belacan dan ulam timun. Haha..
Resepi Daging Masak Kari |
4. Mee Goreng Ringkas Sedap
Mee goreng ringkas, yang penting ada taugeh dan sedikit udang atau sotong. Kemudian pecahkan telur.. pun dah okay. Buat pembuka selera waktu berbuka puasa. Makan panas-panas.. memang terangkat!
Resepi Mee Goreng Ringkas Sedap |
5. Sotong Goreng Tepung
Sotong goreng tepung antara lauk kegemaran kami anak beranak. Tak dapat makan kat rumah, kita orang keluar makan kat kedai. Order banyak-banyak.. ratah puas-puas. Dah kenyang diam lah.. hihi
Resepi Sotong Goreng Tepung |
6. Siakap Stim Lemon Sedap
Resepi Siakap Stim Lemon Sedap |
7. Nasi Ayam Madu
Nasi ayam antara kegemaran hero kecil saya. Dia tak mintak banyak, dapat nasi ayam dengan murtabak.. oklah tu. Dah kenyang sampai ke sahur..
Resepi Nasi Ayam Madu |
8. Rendang Pedas Udang Galah
Udang galah masak rendang pedas. Guna cili api. Ni kalau buat lauk bersahur.. takut mata yang terpejam terus terbuka luas. Almaklumlah.. namanya rendang pedas..
Resepi Rendang Udang Galah Pedas |
9. Ayam Masak Merah Sedap
Nak masak ayam masak merah ketika bersahur pun sedap. Menu ni pun simple je, dan dengan masak menu yang pedas sikit.. boleh bagi segar mata anak-anak dan suami tersayang. Hihi..
Resepi Ayam Masak Merah |
10. Sambal Sotong Ala Thai
Sambal sotong ala Thai. Sedap tau resepi ni. Cara buatnya pun mudah. Sesekali masak sambal sotong ala Thai masa berbuka.. memang terbuka selera.
Resepi Sotong Goreng Sambal Ala Thai |
Bahan-bahan:
1 kilo sotong saiz sederhana - dibersihkan dan dipotong gegelang lebih kurang 3 inci lebar.
2 - 3 helai daun limau purut
2 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar pes tom yam
1 sudu besar sos sotong
1 sudu besar sos tiram
1 batang serai - dititik
Beberapa biji cili padi - dititik
1 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 biji bawang besar - dipotong gegelang
Daun bawang untuk hiasan
Garam dan gula secukup rasa.
3 sudu besar minyak untuk menumis.
CARA-CARA MENYEDIAKAN SOTONG SAMBAL ALA THAI:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan serai sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan masak sehingga terbit minyak.
2. Selepas itu masukkan pes tom yam dan kacau rata, diikuti dengan sos sotong dan sos tiram. Tuangkan 1/2 cawan air untuk kuahnya. Perasakan dengan garam dan gula.
3. Setelah cukup rasa, masukkan sotong, cili padi, dan daun limau purut. Kacau dan biarkan di atas dapur sehingga kuah mendidih dan sotong masak.
4. Akhir sekali masukkan bawang besar yang telah dipotong gegelang tadi. Kalau ada daun bawang bolehlah dimasukkan juga.

11. Daging Goreng Lada Hitam
Resepi Daging Goreng Lada Hitam |
12. Ayam Goreng Kunyit Rangup
Nak cuba resepi ayam goreng kunyit yang rangup? Senang nak di makan sebab kita hanya ambil isi ayam yang di potong dadu. Perap sekejap.. dah siap. Goreng jangan masin sangat.. nanti tak dimakan pulak..
Resepi Ayam Goreng Kunyit Rangup |
13. Sup Telur Dengan Kentang
Resepi Sup Telur Dengan Kentang |
14. Sardin Masak Kari Ringkas
Resepi kari sardin ringkas - gambar Tiffinbiru |
15. Kerang Masak Rendang Pedas
Rendang Kerang Pedas |
16. Ketam Masak Tomato
Resepi Ketam Masak Tomato |
17. Ayam Goreng Serai Sedap Dan Rangup
Ayam goreng serai sedap |
18. Kue Tiau Sup Fishball Simple Tapi Sedap
Kue tiau sup fishball sedap |
19. Telur Rebus Masak Merah
Menu telur rebus masak merah, mudah sangat. Untuk berbuka dan waktu sahur pun boleh. Menu berasaskan telur antara menu paling popular dalam bulan ramadan. Hihi
Resepi Telur Rebus Masak Merah |
20. Sambal Sotong Ringkas
Resepi Sambal Sotong Ringkas |
21. Bihun Goreng Sotong Sedap
Resepi Bihun Goreng Sotong Sedap |
22. Ayam Masak Tomato
Resepi Ayam Masak Tomato |
23. Daging Masak Asam Pedas
Resepi Asam Pedas Daging |
24. Paru Goreng Berlada
Paru goreng berlada |
25. Siakap Asam Pedas Ikan Kembung
Ikan kembung pun sedap di masak asam pedas. Masa zaman susah dulu, bonda saya kerap masakkan asam pedas ikan kembung buat kami.. Kalau masak asam pedas, jangan masak lama-lama ikan tu.. nanti hancur.
Daging salai masak lemak cili api |
27. Paprik Sotong Sedap
Lauk paprik sotong yang sedap, beli atau buat sendiri.. terpulanglah. Kalau nak cepat, beli aje. Order awal-awal. Kalau nak masak sendiri.. tunggu hari minggu jawabnya..
Resepi Paprik Sotong Sedap |
28. Udang Galah Lemak Jintan Manis
Hmm.. sedapnya. Udang galah lagi. Dah ni yang senang dapat.. hihi, masak lemak dengan jintan manis. Rasa lemak manisnya tu memang membuka selera. Cuba lah..
Resepi Udang galah lemak jintan manis |
29. Telur Masak Sambal
Ini resepi time terlewat masak sahur. Ada cili dalam peti ais, tumis sekejap dan masukkan telur yang telah direbus.
Resepi Telur Masak Sambal |
30. Ayam Ungkep Asli
Resepi ayam ungkep asli |

0 Comments