Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Air Lemon Soda Dengan Asam Boi Paling Sedap Untuk Hari Raya

Cuaca negara kita kini sedang dalam keadaan panas. Ada sesetengah negeri pula sejuk dan lembap kerana jumlah hujan yang agak banyak turun dalam musim perayaan ini. Namun begitu, saya nak cadangkan air yang sesuai untuk hari raya ini iaitu Air Lemon Soda Dengan Asam Boi Paling Sedap. Anda dah rasa? Hurmmm... nyamannya tak terkata. Ada masam ada sejuk dan ada rasa aiskrim. Kan sedap tu??

Air lemon soda ni sedap dan sesuai dihidangkan ketika ada tetamu datang berkunjung. Dahlah menyihatkan sebab ada lemon di dalamnya tetapi sedap pulak. Takut tetamu tak nak balik pada hari raya nanti.. haha

Air Lemon Soda Dengan Asam Boi Paling Sedap Untuk Hari Raya

Saya kata air lemon soda adalah air paling bagus dan sesuai untuk dihidangkan pada hari raya kerana ia bertindak mencuci lemak dalam badan setelah kita telan bermacam makanan berlemak dan berminyak pada hari raya.

Resepi Air Lemon Soda Dengan Asam Boi Paling Sedap Untuk Hari Raya


Bahan-bahan:

2 biji lemon - hiris ikut suka hati
1 paket asam boi - hiris atau masukkan sebiji sebiji pun tak apa
1 botol air soda
Ais batu secukupnya
Daun pudina 2 tangkai - hiris
1 batang serai, dibersihkan - saya tak letak, terpulang citatasa

Cara menyediakan Air Lemon Soda Dengan Asam Boi Paling Sedap


Air Lemon Soda Dengan Asam Boi Paling Sedap Untuk Hari Raya

1. Masukkan separuh air soda ke dalam jag air yang besar

2. Masukkan hirisan lemon, asam boi dan daun pudina

3. Kacau rata dan sebati

4. Masukkan ketulan ais batu secukupnya. Kalau saya masukkan separuh banyaknya sama dengan jumlah air soda

5. Sedia untuk dihidangkan kepada tetamu di hari raya.

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close