Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Goreng Kentang Agar Rangup Dan Lemak Masin Secukupnya

Cara Goreng Kentang Agar Rangup Dan Lemak Masin. Saja saya tulis entry tentang goreng kentang segera. Sebab ada anak buah saya yang bertanya macam mana nak dapat kentang goreng yang lemak masin tanpa tabur garam bila dah masak. Sebab cara tabur garam serbuk selepas kentang di angkat, nanti hasil rasa masinnya tak seimbang dan tak rata.

Kalau anda dah biasa buat, anda pun tahu. Cara nak buat kentang goreng segera tu rangup dan masin setara.

Oh ya.. jika anda ada cara yang lebih praktikal, boleh kongsikan pengalaman anda di ruangan komen ya.. terima kasih 😘😘😘


Cara Goreng Kentang Agar Rangup Dan Lemak Masin Secukupnya


Malam ni kami sekeluarga tak makan nasi. Hanya makan Marina Nugget Ayam Tempura, yang warna kuning plastiknya. Sedap dan rangup. Tak macam nugget ayam yang biasa, ada serbuk di luarnya. Sebab tu kami suka tempura.. rangup dan kurang masin.

Cara Goreng Kentang Agar Rangup Dan Lemak Masin Secukupnya

Oh ya! Sebenarnya nak share cara goreng kentang segera. Goreng kentang segera atau fun fries memang mudah. Semua orang boleh buat. Tapi macam mana nak goreng kentang segera jadi lebih sedap dan masin berlemak.

Cara Goreng Kentang Agar Rangup Dan Lemak Masin Secukupnya

Baiklah. Semasa goreng kentang, percikkan dengan air garam. Maksudnya, garam bancuh dengan air. Jadi air garam tu yang di renjis kan pada kentang segera yang dah berada dalam minyak tu, dalam kuali. Tak kisah bila masanya anda nak renjis. Pada awal, pertengahan atau akhir proses menggoreng pun tak apa.

Insyaa Allah kentang goreng segera anda akan rasa masin sedap dan berlemak. Rata rasa masinnya. Tak pernah cuba? Silalah dicuba...

Goreng dengan api yang besar dan minyak penuh. Hasilnya kentang goreng segera anda jadi rangup dan kuning cantik.

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close