Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Masak Makaroni Berkuah Paling Mudah

Cara Masak Makaroni Berkuah Paling Mudah. Setelah selalu upload resepi tempatan, kali ni saya nak share resepi western sikit tetapi still ada citarasa tempatan. Lidah dah biasa makan cili dan ayam.. maka resepi western ni ada campuran bahan kegemaran kita. Resepi yang nak dikongsikan adalah makaroni berkuah. Biasa orang buat goreng je, kini kita cuba yang berkuah pulak. Harap anda dapat idea buat koleksi resepi anda.

Resepi makaroni berkuah paling mudah


Resepi Makaroni Berkuah Paling Mudah


Bahan-bahan:

500 gram makaroni - rebus dan toskan
1 labu bawang putih - kisar
15 ulas bawang merah - kisar
1 botol sos tomato
1/2 ekor ayam - potong kecil
200 gram bunga kobis
3 batang lobak merah
200 gram kobis
200 gram kacang sepat
200 gram cili boh
3 paket jagung muda
1 tin cendawan butang
1 kilo ubi kentang - 1/2 bahagian direbus dan lecek, dan 1/2 bahagian lagi dipotong kiub
1 tin besar kacang panggang - kisar

Cara Masak Makaroni Berkuah Paling Mudah



1. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga garing. Masukkan cili dan tumis lagi hingga naik minyak.

2. Masukkan ayam, kentang kiub, kentang lecek dan kacang panggang yang sudah dikisar.

3. Jika kuahnya pekat, boleh ditambah air. Biarkan mendidih sebentar.

4. Kemudian masukkan semua sayur-sayuran dan makaroni.

5. Biarkan mendidih sekali lagi. Sesuaikan rasanya dan bolehlah dihidangkan.

Semasa menghidang, boleh di hias dengan telur rebus dan bawang goreng. Terpulang kepada citarasa masing-masing.

Selamat mencuba resepi makaroni berkuah yang paling mudah.

Read More ....


Post a Comment

1 Comments

  1. Kesukaan kanak-kanak ni. Auni suka sup-sup atau makaroni goreng :)

    ReplyDelete

close