Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Menu Makan Tengahari Sambal Sotong, Sardin Kicap Dan Kobis Tumis Kering

Menu Makan Tengahari Sambal Sotong, Sardin Kicap Dan Kobis Tumis Kering. 3 hidangan untuk lauk tengahari yang saya buat bercampur-campur. Ada yang saya guna cili hidup, cili padi dan lada kering. Sebab kebanyakan bahan dah tersedia, saya main campak-campak aje. Sambil masak lauk, sambil jerang nasi. Hampir serentak semuanya masak.

Sempat jugak pegang penyapu, membersihkan mana yang nampak.. haha, biarpun hari merdeka tetapi mak-mak kat dapur tak merdeka lagi selagi menu makan tengahari belum siap.

Menu Makan Tengahari Sambal Sotong, Sardin Kicap Dan Kobis Tumis Kering


Menu Makan Tengahari Sambal Sotong, Sardin Kicap Dan Kobis Tumis Kering

Oleh kerana hari cuti umum Merdeka Malaysia 60 tahun, saya ada masa lebih sikit buat menu makan tengahari untuk hero-hero kesayangan.

Sardin Masak Kicap


Potongkan bawang besar, cili padi 10 biji, 2 ulas bawang putih, 1 inci halia.

Tumiskan dengan 1 sudu makan minyak sampai naik bau.

Tuangkan sedikit sos cili, sos tomato dan kicap manis. Tambahkan sedikit garam, jika suka.

Akhir sekali masukkan sardin yang telah dibuang kuahnya. Boleh masukkan sohon yang direndam terlebih dahulu, jika suka. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.

Sambal Sotong


Kisar semua bahan iaitu cili kering yang telah direbus, 1 biji bawang besar, 2 ulas bawang putih, 1 inci halia, 1 sudu teh serbuk kunyit, 1 sudu makan minyak masak. Ketepikan.

Bersihkan 1 kg sotong yang dipotong bulat.

Tumis bahan kisar hingga naik bau. Pastikan cili telah masak betul. Masukkan sotong. Biarkan 1/2 jam supaya sotong masak rata.

Tambahkan garam, gula dan serbuk perisa, jika suka. Bila sotong telah lembut, boleh tutup api.

Kobis Tumis Kering


Kobis secukupnya, dipotong serong dan dibersihkan. Hiriskan 2 biji bawang merah kecil, 1 ulas bawang putih, 2 tangkai cili hidup, sedikit ikan bilis,. Tumiskan dalam kuali. Guna minyak 1 sudu makan pun cukup. Bila dah bau harum, baru masukkan kobis. Kacau rata. Tambahkan garam dan perisa, jika suka. Siap.

Selamat mencuba. Jika ada resepi di atas yang kurang atau tertinggal.. ia,adalah kesilapan saya sendiri ketika menaip sambil memasak. Hihi..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close