Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Ayam Goreng Kunyit Sedap

Resepi Ayam Goreng Kunyit. Ayam goreng kunyit amat mudah dibuat, ringkas cara memasaknya dan murah. Bahan-bahan asas pun senang nak cari. Anda hanya perlukan ayam, bawang putih, bawang merah, halia dan sedikit kacang panjang untuk hiasan.

Ayam goreng kunyit sedap dimakan dengan nasi panas dan atau makan macam gitu aje pun boleh, kerana ayamnya yang juicy dan lembut. Potong dadu gitu... 😊😊

Resepi Ayam Goreng Kunyit Sedap
Resepi Ayam Goreng Kunyit Sedap

Resepi Ayam Goreng Kunyit

Resepi: Azie Kitchen

Bahan bahan:

Isi ayam - potong kecil dilumur garam & serbuk kunyit
2 batang kacang panjang - potong 2 inci
1/2 batang karot - potong panjang
1 biji bawang besar kuning - hiris panjang
1 batang cili merah - hiris
2-3 batang cili padi - jika suka
2 ulas bawang putih - ketuk
Gula
Sedikit minyak

Cara menyediakan ayam goreng kunyit ringkas dan rangup


1. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak menggunakan api yang besar. Angkat dan toskan.

2. Tumiskan bawang putih dan karot terlebih dahulu sebelum dimasukkan kacang panjang, cili merah dan bawang besar. Kacau rata sehingga sayuran lembut.

3. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.

4. Akhir sekali masukkan sedikit gula. Sesuaikan rasa. Angkat dan siap untuk dimakan dengan nasi putih panas dan sambal belacan. Jika suka, tuang sedikit kicap di atas nasi.

Itulah resepi ayam goreng kunyit yang sempat saya kongsikan dengan anda semua. Resepi ayam goreng kunyit ni mudah disediakan dan sesuai pula jika dimasak pada waktu sahur dalam bulan Ramadhan. Ya tak?

Salam ramadhan semua..☺☺

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close