Resepi Ayam Goreng Serai - Saya kongsikan resepi berasaskan ayam yang mudah dan simple. Ayam antara lauk pauk yang disukai ramai. Budak-budak pun suka makan ayam. Nak jadikan makanan ringan bersama keluarga di rumah pun senang..
Ayam goreng serai salah satu menu yang sihat, rasa ayamnya segar dan harum. Anda boleh cuba resepi di bawah yang saya kongsikan.
Bahan-bahan:
- 10 bahagian ayam ikut citarasa (peha/ kepak/ dada)
- 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 2 cm halia (ditumbuk)
- 4 biji bawang merah (ditumbuk)
- 2 sudu besar tepung beras
- 1 sudu besar perahan air limau nipis
- 5 batang serai (dititik)
- minyak
- garam secukupnya
- 1 tangkai daun kari
1. Ayam dipotong ikut citarasa masing-masing dan dibersihkan.
2. Gaulkan bahan yang ditumbuk, serai yang dititik, air perahan limau nipis serta garam bersama ayam dan perapkan selama 1 jam.
3. Taburkan tepung beras ke atas ayam yang telah diperap.
4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam hingga masak.
5. Taburkan daun kari dan kacau.
6. Angkat dan hidangkan.
Ayam goreng serai salah satu menu yang sihat, rasa ayamnya segar dan harum. Anda boleh cuba resepi di bawah yang saya kongsikan.
Resepi Ayam Goreng Serai yang sedap dan ringkas |
Resepi Ayam Goreng Serai
Bahan-bahan:
- 10 bahagian ayam ikut citarasa (peha/ kepak/ dada)
- 4 ulas bawang putih (ditumbuk)
- 2 cm halia (ditumbuk)
- 4 biji bawang merah (ditumbuk)
- 2 sudu besar tepung beras
- 1 sudu besar perahan air limau nipis
- 5 batang serai (dititik)
- minyak
- garam secukupnya
- 1 tangkai daun kari
Cara-cara menyediakan Ayam Goreng Serai
2. Gaulkan bahan yang ditumbuk, serai yang dititik, air perahan limau nipis serta garam bersama ayam dan perapkan selama 1 jam.
3. Taburkan tepung beras ke atas ayam yang telah diperap.
4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam hingga masak.
5. Taburkan daun kari dan kacau.
6. Angkat dan hidangkan.
Selamat mencuba resepi sedap tetapi mudah di atas. Kalau nak lebih sedap, ambil bahagian peha dan kepak sahaja, ayam lebih rangup kerana kandungan isinya yang nipis..
0 Comments