Ayam Masak Kicap Dengan Kentang. Siapa yang tak pandai masak ayam masak kicap memang teruk, sebab inilah menu yang paling senang selain masak telur dadar.. hihi, tak perlu leceh sangat. Cukup ada kicap, halia dan bawang.. anak-anak saya kata pun dah sedap. Itu basicnya. Dan jangan lupa ayam.., nak masak ayam masak kicap jadi lebih sedap tambah cili, kayu manis, serai dan laim-lain lagi.
Resepi ayam masak kicap saya kali ini ditambah lagi satu bahan iaitu kentang goreng. Kentang potong memanjang dan tebal sikit (macam nak goreng keledek), kemudian goreng. Bila ayam masak kicap dah mendidih, baru masukkan kentang. Sedapp!!
Lain-lain versi ayam masak kicap.. boleh cuba yang ringkas-ringkas untuk yang baru belajar masak..
Gambar kat bawah ni saja saya letak, nak bagitau masakan lebih sedap dengan Maggi Secukup Rasa. Tak perlu guna garam pun tak apa..
Bahan-bahan:
5 ketul ayam - dibersihkan, lumur dengan kunyit dan garam
1 biji bawang besar - hiris kasar
3 biji bawang kecil - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
2 inci halia - kisar
2 biji kentang - belah 8
2 inci kayu manis
1 tangkai cili hidup - hiris
5 batang cili padi - kisar
1 batang serai - ketuk
Kicap lemak manis secukupnya
Garam dan gula
1. Goreng ayam hingga masak dan ketepikan.
2. Tumis bahan kisar seperti bawang kecil, bawang putih, cili padi dan halia hingga naik bau. Jangan lupa tumis sekali dengan serai dan kayu manis.
3. Masukkan kicap secukupnya. Kacau seketika dan biarkan hingga mendidih.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Tambahkan juga dengan kentang goreng dan bawang besar yang di hiris kasar sebagai hiasan.
5. Perisakan dengan garam dan gula secukupnya, jika suka.
Ayam masak kicap dengan kentang siap untuk dihidangkan. Makan dengan sayur tumis terung berlada. Hmmm.. sedap...
Selamat mencuba..

Yang gambar berikutnya ni, saya masak terung ungu goreng berlada. Tumbukkan cili padi, bawang putih, bawang merah.. dan taburkan perencah secukup rasa Maggi. Siap!! Mudah sangat. Tapi saya goreng dulu terung itu untuk naikkan rasa lemaknya. Beza tau rasanya kalau tak digoreng..
Gambar kat bawah ni saja saya letak, nak bagitau masakan lebih sedap dengan Maggi Secukup Rasa. Tak perlu guna garam pun tak apa..
Resepi Ayam Masak Kicap Dengan Kentang
Bahan-bahan:
5 ketul ayam - dibersihkan, lumur dengan kunyit dan garam
1 biji bawang besar - hiris kasar
3 biji bawang kecil - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
2 inci halia - kisar
2 biji kentang - belah 8
2 inci kayu manis
1 tangkai cili hidup - hiris
5 batang cili padi - kisar
1 batang serai - ketuk
Kicap lemak manis secukupnya
Garam dan gula
Cara menyediakan ayam masak kicap yang sedap

0 Comments