Perkongsian resepi mudah kali ini adalah Resepi Ayam Masak Stew Yang Mudah. Dah namanya mudah, dah tentu resepi ini memerlukan kos yang murah aje. Tak complicated pun.. Rasa-rasanya barang dapur semua pun ada di setiap rumah.
Stew adalah sejenis masakan rendidih (rendam dan didih) yang terdiri dari daging pejal yang dimasak bersama kentang, lobak merah, saleri yang dipotong kasar serta ditambah herba-herba tertentu. Mengikut info dari blog Tiffinbiru, masakan ini pada tradisinya mengambil masa 5 - 6 jam. Tapi kalau masak guna ayam, taklah lama sangat hingga 6 jam. Lebih kurang 1 jam bolehlah untuk ayam..
Hidangan stew boleh aje dihidangkan bersama roti, dan pasta. Kalau nak lebih bebas.. makan dengan apa yang kamu suka. Stew ni sebenarnya sup ala barat gitu...
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - potong ikut suka
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 - 3 sudu besar tepung gandum
Sedikit kicap
Sedikit lada hitam - tumbuk kasar
Garam dan serbuk perasa
1 biji ubi kentang - dipotong 4
1 batang karot - potong besar
1 biji bawang besar - potong 4
1. Tumis bahan penumis dan bawang serta halia yang dihiris nipis hingga wangi. Masukkan tepung gandum dan digoreng dengan api perlahan supaya tepung agak masak.
2. Masukkan ayam dan ubi kentang, karot, bawang besar dan dikacau rata. Masukkan sedikit air, kicap, garam, lada hitam dan serbuk perasa. Masak sehingga kentang empuk.
3. Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Tabur daun sup dan bawang goreng. Hidangkan.
Stew adalah sejenis masakan rendidih (rendam dan didih) yang terdiri dari daging pejal yang dimasak bersama kentang, lobak merah, saleri yang dipotong kasar serta ditambah herba-herba tertentu. Mengikut info dari blog Tiffinbiru, masakan ini pada tradisinya mengambil masa 5 - 6 jam. Tapi kalau masak guna ayam, taklah lama sangat hingga 6 jam. Lebih kurang 1 jam bolehlah untuk ayam..
Hidangan stew boleh aje dihidangkan bersama roti, dan pasta. Kalau nak lebih bebas.. makan dengan apa yang kamu suka. Stew ni sebenarnya sup ala barat gitu...
Resepi Ayam Masak Stew Yang Mudah
Resepi Ayam Masak Stew Yang Mudah |
1/2 ekor ayam - potong ikut suka
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 - 3 sudu besar tepung gandum
Sedikit kicap
Sedikit lada hitam - tumbuk kasar
Garam dan serbuk perasa
1 biji ubi kentang - dipotong 4
1 batang karot - potong besar
1 biji bawang besar - potong 4
Cara menyediakan Ayam Masak Stew Mudah
Sumber: Azie Kitchen
2. Masukkan ayam dan ubi kentang, karot, bawang besar dan dikacau rata. Masukkan sedikit air, kicap, garam, lada hitam dan serbuk perasa. Masak sehingga kentang empuk.
3. Sesuaikan rasa dan kepekatannya. Tabur daun sup dan bawang goreng. Hidangkan.
Selamat mencuba ya kekawan yang suka makan stew. Stew ayam ni pun tak susah nak buatnya sebab daging ayam mudah lembut berbanding dengan daging lembu atau kambing. Sesuai sangat dimasak sewaktu bersahur, terutamanya dalam bulan ramadhan. Anak-anak dan suami pasti suka.
0 Comments