Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Daging Masak Kari Hidangan Untuk Keluarga

Marilah cuba Resepi Daging Masak Kari Hidangan Untuk Keluarga. Yang pasti keluarga anda akan tersenyum lebar makan lauk kari yang disediakan dengan penuh kasih sayang. Bak kata ustaz, sambil masak sambil baca doa untuk seisi rumah. Air tangan isteri lah yang mengikat perut suami.

Kari daging yang dikongsikan ni boleh juga letak daun kari sebagai hiasan. Sebab saya buat memang tak letak daun kari, nanti budak-budak bising, nak makan kuahnya pun susah.., ada banyak daun... (gitulah kerenah budak-budak)

Resepi Daging Masak Kari Hidangan Untuk Keluarga 


Resepi Daging Masak Kari Hidangan Untuk Keluarga
Kari daging simple
Bahan-bahan:

1 kilo daging - dipotong kecil dan nipis
2 bungkus kecil rempah kari - dikisar
3 biji bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
2 biji kentang - dibelah empat
2 biji bunga lawang
1 batang kayu manis
Sedikit air asam jawa
1 kotak santan @ 2 cawan santan daripada 1 biji kelapa parut
1 tangkai daun kari untuk hiasan

Cara masak daging masak kari yang sedap


1. Rebus daging hingga empuk. Kalau nak cepat empuk boleh guna press cooker. Masa diperlukan adalah 1/2 jam. Jika rebus guna periuk biasa anggaran masa merebus adalah 45 minit hingga 1 jam.

2. Dengan menggunakan kuali, tumis semua bahan yang dikisar iaitu rempah kari, bawang besar, bawang putih, dan halia bersama-sama bunga lawang dan kayu manis hingga naik baunya atau hingga terbit minyak. Masukkan 2 cawan air rebusan daging tadi. Jangan lupa masukkan juga air asam jawa.

3. Kemudian masukkan kentang yang dibelah empat. Masukkan juga daging yang telah direbus tadi. Biarkan kentang empuk seketika.

4. Masukkan santan. Kecilkan api. Biarkan mendidih. (Anda boleh tambah air jika suka kari daging yang agak cair.)

5. Perasakan dengan garam, serbuk perasa (jika suka) dan sedikit gula.

6. Kari daging ringkas siap untuk dihidang dengan nasi putih atau dimakan dengan roti jala. Hihi...

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close