Resepi Kuih Ketayap Hijau Menawan Yang Sedap. Kuih muih tradisional memang jadi kesukaan mak bapak kita dari dulu hingga kini. Bila tiba waktu sarapan atau minum petang, ada aje menu yang dihidangkan. Dengan itu, saya kongsikan pula resepi kuih tradisional bernama kuih ketayap. Kuih ketayap biasanya dibuat dalam warna hijau dan berintikan kelapa parut masak dengan gula merah.
Kuih ketayap biasanya dihasilkan dalam warna hijau daun pandan. Secara automatik orang akan kenal itu kuih ketayap. Tapi jika anda nak buat warna lain pun boleh, ikut citarasa masing-masing.
Resepi ketayap sedap yang dikongsikan adalah diambil daripada blog masakan RASA. Kat Rasa, macam macam resepi ada. Jom.. sama-sama share..
BAHAN-BAHAN:
Kulit:
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
3 helai daun pandan
1 1/2 cawan santan
1 1/2 sudu teh garam
2 sudu makan minyak masak
Beberapa titis pewarna hijau
Bahan Inti:
1/2 biji kelapa parut | ambil putih sahaja
3/4 cawan gula merah
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan | disimpulkan
1/2 cawan air
2 sudu makan tepung gandum
1. Untuk menyediakan inti, didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
2. Kemudian masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
3. Taburkan tepung gandum. Kacau rata. Sejukkan inti.
4. Untuk sediakan kulit: Kisar daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. Tapis dan perah.
5. Seterusnya, campurkan semua bahan kulit, gaul rata.
6. Masukkan adunan ke dalam pengisar dan kisar hingga adunan sebati.
7. Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.
8. Sapukan kuali dengan sedikit minyak.
9. Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali. Biarkan kuih masak.
10. Angkat. Ketepikan. Lakukan cara yang sama hingga habis adunan.
11. Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi.
12. Ambil sesudu penuh inti, letak di atas permukaan atas kuih. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan.
13. Sedia dihidangkan

Resepi Kuih Ketayap Sedap

Cara menyediakan Kuih Ketayap Sedap

Selamat mencuba. Semoga segala koleksi resepi yang dipaparkan boleh memberikan idea dan cara memasak sesuatu makanan dengan betul dan sedap.
0 Comments