Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Mee Hong Kong Ala Melayu

Resepi Mee Hong Kong Ala Melayu. Resepi mee yang terbaru nak dikongsi adalah mee dari negara luar iaitu Hong kong. Hihi.. iya lah tu, nama aje dari hong kong tapi sebenarnya kalau tengok bahan-bahan, pun macam mee biasa.

Resepi Mee Hong Kong Ala Melayu
mee kuningnya kena goreng rangup,
kemudian baru siram kuah dan
bahan sayur ke atas mee tersebut.

Mee Hong Kong ada banyak versi, ada yang letak udang, ada yang letak lebih sayur dan macam-macam lagi. Tapi yang pasti mee Hong Kong tu, mee kuningnya kena goreng rangup, kemudian baru siram kuah dan bahan sayur ke atas mee tersebut. Nak guna mee hoon pun boleh, mee hoon tu goreng garing dan ketepikan. Mudah kan...


Resepi Mee Hong Kong


BAHAN-BAHAN: 

200gm mi kuning
2 biji telur
80gm udang | dibuang kulit
80gm sotong | dihiris
2 ulas bawang putih | dicincang halus
3 sudu makan cili boh
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
2 helai daun sup | dihiris
50gm sawi | dihiris
40gm kobis | dihiris
30gm kobis bunga | dihiris
40gm lobak merah | dihiris
50ml air
Garam secukup rasa


Cara Menyediakan Resepi Mee Hong Kong Ala Melayu 


Resepi Mee Hong Kong Ala Melayu

1. Campurkan mi kuning bersama telur, gaul rata. Panaskan minyak dan goreng mi hingga garing. Angkat dan ketepikan.

2. Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili boh dan kacau hingga pecah minyak.

3. Kemudian, masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau sebentar.

4. Masukkan sotong dan udang, kacau sebentar. Masukkan pula daun sup, sawi, kobis, kobis bunga dan lobak merah.

5. Selepas itu, masukkan air dan biar didih sebentar.

6. Perasakan dengan garam secukup rasa. Tuang kuah pada mi yang telah digoreng dan sedia dinikmati.

Reminder:
Sebelum mee digoreng, pastikan minyak betul-betul panas.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close