Sambal Toktok Yang Paling Simple Tetapi Sedap. Sambal Toktok ada banyak versi. Ada yang letak belacan dan ada pula yang hanya gunakan ikan bilis. Terpulang kepada citarasa masing-masing.
Sambal toktok ditumbuk kasar sahaja, dan MESTI ditumbuk guna lesung. Jika dikisar dah tak ada feel sambalnya...lagipun jika dikisar, akan menghasilkan air dari bawang dan cili tadi. Rasanya pun dah tak original lagi. Ia agak berbeza dengan sambal tomato.
Bahan-bahannya:
#sumber: Tiffinbiru
Segenggam ikan bilis
5 biji cili merah (lada hidup), kerat pendek cuci dan toskan
10 biji cili padi siam (cili vietnam), warna merah, cuci dan toskan
5 biji bawang merah kecil @ 1 biji bawang besar
Garam dan gula secukup rasa
2 biji limau kasturi

Resepi Sambal Toktok Yang Paling Simple
Bahan-bahannya:
#sumber: Tiffinbiru
Segenggam ikan bilis
5 biji cili merah (lada hidup), kerat pendek cuci dan toskan
10 biji cili padi siam (cili vietnam), warna merah, cuci dan toskan
5 biji bawang merah kecil @ 1 biji bawang besar
Garam dan gula secukup rasa
2 biji limau kasturi
Bahan tambahan, jika suka:
1 biji bawang putih - digoreng
1 inci belacan - dibakar hingga harum
1 biji bawang putih - digoreng
1 inci belacan - dibakar hingga harum
##Saya tidak campurkan kedua-dua bahan tambahan kerana mahukan rasa asli sambal totok.
1. Ikan bilis digoreng dengan api sederhana hingga kuning keemasan dan garing, angkat dan toskan.
2. Goreng pulak bawang merah kecil atau bawang besar tadi hingga layu, angkat dan toskan.
3. Kemudian goreng cili merah dan cili padi hingga layu, angkat dan toskan.
4. Tumbuk kesemuanya, termasuk masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa. Tapi kalau mahu ikan bilis yang terasa rangup ketika di makan, tumbuk kasar ikan bilis kemudian sekali.
5. Perahkan limau kasturi, gaul rata.
6. Hidang bersama nasi panas dan lauk-lauk lain kegemaran anda...
Cara Buat Sambal TokTok Jawa Yang Paling Simple Dan Sedap
2. Goreng pulak bawang merah kecil atau bawang besar tadi hingga layu, angkat dan toskan.
3. Kemudian goreng cili merah dan cili padi hingga layu, angkat dan toskan.
4. Tumbuk kesemuanya, termasuk masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa. Tapi kalau mahu ikan bilis yang terasa rangup ketika di makan, tumbuk kasar ikan bilis kemudian sekali.
5. Perahkan limau kasturi, gaul rata.
6. Hidang bersama nasi panas dan lauk-lauk lain kegemaran anda...
Selamat mencuba! Resepi sambal toktok atau totok jawa ni dah biasa kami buat. Dah namanya orang Jawa, mestilah tahu nak buat sambal totok ni. Makan dengan nasi panas dan sayur masak air pun sedap. Sambal toktok tak perlu ditumbuk halus, cukup sekadar hancur sedikit bahan-bahannya.
0 Comments