Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Ayam Goreng Segera Masak Kicap Ringkas

Ayam Goreng Segera Masak Kicap Ringkas. Baru lepas masak lauk sahur untuk anak kecil saya. Insyaa Allah. Dia nak puasa tak kan tak bagi, sebab nak biasakan dengan bulan ramadan yang tinggal 2 hari lagi ni.. hihi

Selamat menyambut ramadan kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia dan juga kepada peminat resepi di blog ini.

Sambung bab masak sahur, nak masak apa tak tahu, tengok freezer ada ayam segera. Jadi dengan segeranya saya goreng 5 ketul ayam segera dan dapat idea masak kicap ringkas. Dalam 1/2 jam siap semuanya.

So, bagi anda yang nak cuba lauk emergency macam saya.. gunalah ayam goreng segera untuk masak kicap. Ayam daging tak ada stok dear... haha

Ayam goreng segera masak kicap ringkas

Ayam Goreng Segera Masak Kicap Ringkas


Bahan-bahan:

5 ketul ayam goreng segera - digoreng hingga masak
1 biji Bawang besar -hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 tangkai ciili hidup - hiris
3 batang cili padi - hiris
1 inci Kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih
1 inci halia - hiris
2 sudu besar kicap lemak manis
Garam (saya tak letak .. sebab ayam goreng dah cukup rasa..) dan gula secukupnya

Ayam goreng segera masak kicap ringkas


Ayam goreng segera masak kicap ringkas

Cara menyediakan Ayam Goreng Segera Masak Kicap Ringkas


1. Tumiskan bawang, dan bahan-bahan yang dihiris tadi bersama dengan rempah 3 serangkai iaitu kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Tumis hingga naik bau.

2. Masukkan kicap dan gaul rata.

3. Masukkan ayam goreng segera yang dah di goreng tadi. Kacau hingga rata warna kicapnya.

4. Perisakan dan siap untuk dimakan.

Ringkas tak resepi itu? Bagi yang ada masa terhad, bolehlah ikut cara saya masak kicap ayam goreng segera. Tak perlu perap ayam dengan garam atau kunyit. Terus goreng dan boleh mula memasak dengan pantas.

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close