Demam raya dah melanda dan selaras dengan demam buat kuih raya. Siapa yang rajin memang tabiklah.. buat kuih raya sendiri. Bagi saya yang tak berapa pandai nak buat sendiri memang main tunjuk aje jawabnya. Pasti jadi kuih tu... 😂😂😂
Oleh kerana nak bagi panduan jenis-jenis gula yang digunakan dalam buat kuih muih dan kek.. saya kompilasikan carian dari internet untuk panduan kita kita semua..
Ada banyak jenis gula yang ada dipasaran hinggakan ada juga yang saya tak berapa cam.. mungkin nama lain tapi bendanya serupa. Confuse eden.. hihi, apapun bacalah Jenis-Jenis Gula Dalam Masakan Kek Dan Kuih Muih di bawah ini.
Maklumat dan info saya dalatkan daripada blog Tiffinbiru dan Resepi Noraini. Terimakasih en Mat Gebu dan Pn Noraini kerana memudahkan urusan memasak kuih muih dan kek dalam kehidupan harian kami. Semoga anda terus diberikan kesihatan yang baik untuk terus menghasilkan resepi yang enak-enak.
Jenis-jenis gula dan kegunaannya adalah seperti di bawah.
Di pasaran terdapat berbagai-bagai jenis gula. Samada untuk masakan harian ataupun untuk baking seperti membuat kek,biskut, roti dan sebagainya, kita hendaklah tahu kegunaan dan kesesuaian gula itu dengan produk yang hendak kita hasilkan.
1. Gula pasir (coarse sugar)
Jenis ini adalah yang paling mudah didapati. Ia bewarna putih dan butir-butir gula agak kasar. Ia sesuai untuk kegunaan harian seperti membancuh minuman dan membuat kuih-muih. Jika anda hendak membuat gula hangus untuk puding atau kek, cairkan gula pasir ini diatas api yang sederhana hingga gula cair dan keperangan,kemudian baru dimasukkan air dan kacau hingga cair.
2. Gula halus (fine granulated sugar)
Gula halus jenis ini bewarna putih dan sesuai untuk membuat kek kerana butir-butir gulanya yang halus mudah cair apabila dipukul bersama mentega ataupun dipukul bersama telur. Digunapakai dalam pembikinan kek dan biskut, kerana ianya mudah sebati dengan mentega dan bahan-bahan lain bila diputar...
3. Gula kastor (castor sugar)
Gula ini bewarna putih dan ianya pilihan yang paling ideal untuk membuat kek,biskut, pastri, roti dan lain-lain. Butir-butir gulanya lebih halus dari gula halus dan ia mudah cair apabila dipukul bersama mentega atau telur. Sekiranya gula ini tiada, boleh gunakan gula halus.
4. Gula aising (icing sugar/confectioners sugar)
Gula ini adalah yang paling halus dalam kategori gula putih. Ia bukan 100 peratus gula kerana telah dicampur dengan sedikit tepung jagung. Ia jarang digunakan dalam pembuatan kek tetapi ada digunakan dalam pembuatan biskut jenis piping untuk mendapatkan tekstur yang lembut supaya mudah dipicit keluar.Gula ini biasa digunakan untuk membuat aising mentega dan membuat fondant atau pes gula (sugarpaste).
5. Gula perang (brown sugar)
Terbahagi kepada dua jenis iaitu perang dan perang gelap. Biasanya warna yang lebih gelap mempunyai rasa gula perang yang lebih kuat. Gula perang ini selalunya kasar dan saya selalu kisar supaya ia lebih halus dan mudah dipukul bersama mentega. Gula perang ini selalunya digunakan untuk membuat biskut seperti cip coklat, biskut halia, kek buah-buahan dan lain-lain yang memerlukan rasa gula yang lebih kuat.
6. Gula merah/gula melaka/gula kabung
Sejenis gula yang terhasil dari nira pokok kelapa dan pokok enau. Proses mendapatkannya agak rumit, tapi rasanya sungguh istimewa, menjadi bahan utama dalam penyediaan kuih-muih orang-orang melayu dan peranakan. Proses memasak gula tadi akan dicampur dengan sedikit peratusan gula pasir, tapi masih mengekalkan rasa keaslian gula melaka dan gula kabung. Sebelum diguna, gula ini harus kita cairkan dan tapis, kerana ianya mengandungi sisa-sisa hampas yang telah beku bersama-sama gula...
10. Sirap gula (corn syrup/glucose syrup)
Cecair jernih yang pekat. Dihasilkan secara komersil untuk memudahkan tugas membuat aising krim mentega atau fondant tanpa perlu membuat sendiri sirap gula.
11. Gula "SNOW POWDER"
Yang ini sejenis gula seakan-akan gula aising tapi telah dimodifikasi dengan menambah tepung kanji dan juga cocoa butter mengikut standard yang telah ditetapkan. Satu kelebihan snow powder ianya tak akan mudah cair bila terkena lembapan, atau bila disimpan dalam peti sejuk..Di Malaysia ni tak pasti sudah ada atau tidak, tapi di Singapura rasa-rasa mudah didapati...apa-apa info nanti share yea..
12. Gula Tanjung
Yang ni kat Malaysia tak pasti, tapi ianya seakan-akan gula perang, bewarna oren dan perasan ianya dimakan bersama putu mayam. Sebab pernah nampak ianya diguna dalam satu masakan di TV Singapura... mungkin di Malaysia ianya digelar dengan nama lain... tak pasti pulak.

Jenis-Jenis Gula Dalam Masakan Kek Dan Kuih Muih

Salah satu bahan pemanis penting dalam minuman dan juga kuih-muih tradisonal. Boleh juga dikisar halus untuk digunakan dalam pembikinan kek dan biskut.
2. Gula halus (fine granulated sugar)
Gula halus jenis ini bewarna putih dan sesuai untuk membuat kek kerana butir-butir gulanya yang halus mudah cair apabila dipukul bersama mentega ataupun dipukul bersama telur. Digunapakai dalam pembikinan kek dan biskut, kerana ianya mudah sebati dengan mentega dan bahan-bahan lain bila diputar...
3. Gula kastor (castor sugar)
Gula ini bewarna putih dan ianya pilihan yang paling ideal untuk membuat kek,biskut, pastri, roti dan lain-lain. Butir-butir gulanya lebih halus dari gula halus dan ia mudah cair apabila dipukul bersama mentega atau telur. Sekiranya gula ini tiada, boleh gunakan gula halus.
Paling ideal untuk membuat kek dan biskut, kerana teksture nya yang lebih kecil dari gula halus, dan bila diputar bersama mentega, ianya senang larut dan tidak menyebabkan mentega terlebih putar. Mudah didapati di pasaraya2 dan juga kedai2 menjual bahan baking..
4. Gula aising (icing sugar/confectioners sugar)
Gula ini adalah yang paling halus dalam kategori gula putih. Ia bukan 100 peratus gula kerana telah dicampur dengan sedikit tepung jagung. Ia jarang digunakan dalam pembuatan kek tetapi ada digunakan dalam pembuatan biskut jenis piping untuk mendapatkan tekstur yang lembut supaya mudah dipicit keluar.Gula ini biasa digunakan untuk membuat aising mentega dan membuat fondant atau pes gula (sugarpaste).
Sesuai digunakan untuk membuat biskut yang tidak memerlukan kita memutar mentega telalu lama, contohnya seperti butter cookies dan shortbread. Sesuai juga dalam penyedian sugarpaste dan juga fondant untuk kegunaan menghias kek. Juga meluas digunakan untuk membuat buttercream, paling utama ia perlu diayak sebelum digunakan. Diguna juga untuk menghias permukaan kek atau pastry dengan mengayak dipermukaannya.
5. Gula perang (brown sugar)
Terbahagi kepada dua jenis iaitu perang dan perang gelap. Biasanya warna yang lebih gelap mempunyai rasa gula perang yang lebih kuat. Gula perang ini selalunya kasar dan saya selalu kisar supaya ia lebih halus dan mudah dipukul bersama mentega. Gula perang ini selalunya digunakan untuk membuat biskut seperti cip coklat, biskut halia, kek buah-buahan dan lain-lain yang memerlukan rasa gula yang lebih kuat.
Rasanya kurang manis sedikit dari gula halus dan juga sesuai digunapakai dalam membuat kek. Teksture nya agak kasar dan perlu dikisar sedikit. Tapi kalautak kisar pun okay, terus guna bersama mentega.
6. Gula merah/gula melaka/gula kabung
Sejenis gula yang terhasil dari nira pokok kelapa dan pokok enau. Proses mendapatkannya agak rumit, tapi rasanya sungguh istimewa, menjadi bahan utama dalam penyediaan kuih-muih orang-orang melayu dan peranakan. Proses memasak gula tadi akan dicampur dengan sedikit peratusan gula pasir, tapi masih mengekalkan rasa keaslian gula melaka dan gula kabung. Sebelum diguna, gula ini harus kita cairkan dan tapis, kerana ianya mengandungi sisa-sisa hampas yang telah beku bersama-sama gula...
Gula ini selalunya digunakan untuk membuat kuih-muih tempatan seperti kasui, kuih lompang,kuih buah melaka dan sebagainya. Gula merah biasanya berpasir. Setelah melarutkan dalam air panas, ia hendaklah ditapis bagi membuang kotorannya. Gula melaka dan gula kabung agak keras dan memerlukan pisau untuk membelahnya. Rasa kedua-dua gula ini lebih sedap dari gula merah biasa. Ianya dijadikan inti untuk kuih buah melaka.
7. Sirap emas (golden syrup)
Ia bewarna keemasan dan rasanya seakan rasa gula hangus tetapi tidak sekuat rasa gula hangus yang asli. Ia adalah bahan sampingan dari pemprosesan gula. Ia selalunya menjadi bahan penambah rasa untuk biskut, kek atau pencuci mulut.

8. Gula Batu
Atau rock sugar, sejenis gula dalam ketulan kristal yang besar, ianya berasal dari gula pasir yang telah diolah. Digunakan dalam pembuatan jeruk, halwa dan ada juga orang-orang lama yang menggunakan untuk memasak sirap ros dan membuat agar-agar gudel. Rasa gula batu kurang manis sedikit dari gula pasir.
9. Gula hitam (treacle @molasses)
Adalah bahan sampingan dari pemprosesan gula dan ia bewarna gelap seakan kehitaman. Digunakan sebagai bahan penambah rasa untuk kek dan pencuci mulut ala barat.
Atau rock sugar, sejenis gula dalam ketulan kristal yang besar, ianya berasal dari gula pasir yang telah diolah. Digunakan dalam pembuatan jeruk, halwa dan ada juga orang-orang lama yang menggunakan untuk memasak sirap ros dan membuat agar-agar gudel. Rasa gula batu kurang manis sedikit dari gula pasir.
9. Gula hitam (treacle @molasses)
Adalah bahan sampingan dari pemprosesan gula dan ia bewarna gelap seakan kehitaman. Digunakan sebagai bahan penambah rasa untuk kek dan pencuci mulut ala barat.
10. Sirap gula (corn syrup/glucose syrup)
Cecair jernih yang pekat. Dihasilkan secara komersil untuk memudahkan tugas membuat aising krim mentega atau fondant tanpa perlu membuat sendiri sirap gula.
11. Gula "SNOW POWDER"
Yang ini sejenis gula seakan-akan gula aising tapi telah dimodifikasi dengan menambah tepung kanji dan juga cocoa butter mengikut standard yang telah ditetapkan. Satu kelebihan snow powder ianya tak akan mudah cair bila terkena lembapan, atau bila disimpan dalam peti sejuk..Di Malaysia ni tak pasti sudah ada atau tidak, tapi di Singapura rasa-rasa mudah didapati...apa-apa info nanti share yea..
12. Gula Tanjung
Yang ni kat Malaysia tak pasti, tapi ianya seakan-akan gula perang, bewarna oren dan perasan ianya dimakan bersama putu mayam. Sebab pernah nampak ianya diguna dalam satu masakan di TV Singapura... mungkin di Malaysia ianya digelar dengan nama lain... tak pasti pulak.
Semoga bermanfaat. #sumber : www.rasadantips.com
0 Comments