Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Nasi Goreng Dengan Ayam Kentucky Menu Sahur Simple

Nasi Goreng Dengan Ayam Kentucky Menu Sahur Simple. Masak nasi, goreng dengan campak bahan-bahan yang ditumbuk sekejap, kemudian.. dah siap. Simplenya buat sarapan atau sahur nasi goreng. Apakah menu sahur anda hari ni? Semoga semuanya berjalan lancar ya..

Kalau sifu diet kata, sahur mesti kena ambil. Tak boleh skip, tak boleh mengelat. Okay.. kena ikutlah kalau nak sihat dan tubuh badan kita dapat adjust dengan aktiviti harian.

Menu nasi goreng simple pagi ini saya kawankan dengan ayam goreng dengan tepung serbaguna Kentucky. Memang sedap. Meratah ayam je dah dekat 2 ketul.. haha

Nasi Goreng Dengan Ayam Kentucky Menu Sahur Simple


Nasi Goreng Dengan Ayam Kentucky Menu Sarapan Simple

Sambung cerita tentang nasi goreng menu sahur hari ni, saya buat nasi goreng simple, tak serabut. Bahan pun mudah saja. hihi

Lagi simple lagi sedap, ya dak? Makan dengan ayam goreng tepung serbaguna Kentucy. Alahai.. nyamannya...

Nasi Goreng Dengan Ayam Kentucky Menu Sarapan Simple

Resepi Nasi Goreng Simple


Bahan-bahan:

2 mangkuk nasi sejuk
4 biji bawang merah kecil *
2 ulas bawang putih *
6 tangkai cili padi * - kalau nak pedas letak lebih
1 tangkai cili hidup *
Segenggam ikan bilis halus *
2 biji telur
Garam secukupnya

Cara menyediakan nasi goreng simple


1. Tumbuk semua bahan bertanda '*'.. Tumiskan dengan minyak hingga bau wangi. Masukkan garam sekali. Kacau rata.

2. Pecahkan telur dan gaul rata.

3. Masukkan nasi dan gaul hingga semua nasi bersatu dengan bahan masakan tadi.

4. Bila dah cukup rasa, masin dan lemak.. boleh matikan api.

5. Siap untuk dihidangkan.

Bagaimana? Simple tak? Senang sangat, kan? Jika anak anda tak makan sayur, jangan bubuh sayur. Membazir pula. Sebaliknya anda boleh layan nasi goreng simple ni dengan salad atau sawi yang direbus seketika. Buat ulam..

Mana ayam goreng tepung Kentucky saya ya? Ada ni haa.. saya belanja gambarnya. Nak buat senang je.

Nasi Goreng Dengan Ayam Kentucky Menu Sarapan Simple

Nasi Goreng Dengan Ayam Kentucky Menu Sarapan Simple

Salut ayam dengan telur yang dah dipukul, kemudian gaul dengan tepung Kentucky. Terus masukkan dalam minyak panas yang penuh. Angkat bila telah kekuningan. Alhamdulillah.. dah sejuk pun masih rangup dan lembut.

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close