Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Gulai Daging Kerisik

Resepi Gulai Daging Kerisik. Gulai daging ada juga orang panggil kari daging. Lebih kurang sama resepinya. Cuma kali ni saya nak share resepi gulai daging kerisik. Kalau nak cuba boleh je, resepi free.. hihi

Nak masak gulai daging dengan kerisik kena guna kari daging ya, jangan guna kari ikan. Nanti rasanya lain macam. Saya pernah guna kari ikan untuk masak daging sebab masa tu belum tahu sangat masak memasak ni, habis rasanya out.. tak boleh nak makan. Hmm.. itulah pengalaman memasak.. haha

Resepi Gulai Daging Kerisik

Resepi Gulai Daging Kerisik


Bahan-bahan:

- 450gm daging | hiris nipis
- 3 biji kentang kecil | kupas kulitnya
- 1 labu bawang besar | hiris
- 3 ulas bawang merah | tumbuk
- 2 ulas bawang putih | tumbuk
- 1/4cm halia | dipotong panjang
- air secukupnya
- 1/2 cawan santan pekat
- 2 sudu kerisik
- 2 sudu besar minyak
- 1 sudu besar minyak sapi
- 3 sudu besar rempah kari daging
- 3 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
- 2 kelopak bunga lawang
- 1 cm kulit kayu manis

Cara-cara memasak Gulai Daging Kerisik 


Resepi Gulai Daging Kerisik

1. Sediakan periuk, satukan daging yang telah dibersihkan dengan rempah, bunga cengkih, bunga lawang, pelaga, kulit kayu manis, halia, bawang tumbuk dan air didihkan di atas dapur hingga empuk.

2. Tuangkan santan serta sedikit lagi air, biarkan mendidih sekali lagi sebelum dimasukkan kentang.

3. Apabila empuk masukkan kerisik, garam dan sedikit sahaja gula sekadar pelengkap rasa.

4. Biarkan gulai masak sempurna, angkat periuk dan letakkan ke tepi.

5. Panaskan minyak masak yang dicampur dengan minyak sapi dalam sebuah kuali kecil, goreng bawang besar hiris hingga kuning.

6.Tuangkan minyak bersama bawang ke dalam gulai dan tutup periuk cepat-cepat agar aromanya tidak keluar.

Siap dah boleh dihidangkan kepada keluarga. Makan dengan nasi putih panas-panas, pasti bertambah nasi tu. Terima kasih kerana mencuba resepi gulai daging dengan kerisik yang gerenti sedap ni. Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close